RSS Feed

Matlamat Kerja?

Posted by Sumayyah Mohd Idris

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Saya memang tidak pandai dan kurang minat untuk berkongsi cerita peribadi di web saya ini. Malah anda juga pastinya kurang minat untuk membacanya. Cuma kali ini saya berhasrat untuk berkongsi tentangnya buat julung kali kerana dirasakan ada beberapa faedah yang boleh dikongsikan.

Alhamdulillah, hari ini (5 Oktober 2007 bersamaan 23 Ramadhan 1428 H pada hari Jumaat) adalah hari pertama secara rasmi saya bertugas sebagai ‘Academic Fellow' atau secara mudahnya sebagai Pensyarah di Jabatan Ekonomi Islam, Kulliyyah of Economics & Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Cita-cita

Sejak kecil, cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang pensyarah di sebuah Universiti. Kini cita-cita tersebut menjadi kenyataan. Syukur kepada Allah s.w.t yang memberikan ruang dan peluang ini menjadi kenyataan.

Jawatan terakhir yang saya sandang sebelum menyertai dunia Akademik adalah Ketua Jabatan Syariah dan Setiauasaha Majlis Penasihat Syariah, Qatar Islamic Bank Malaysia ( Asian Finance Bank Berhad . sila buka http://www.asianfinancebank.com/)

Mengapa Tinggalkan Bank?

Ramai juga rakan yang bertanya mengapa berhenti sedangkan pendapatan yang diperolehi di dunia perbankan dan korporat telah mencecah 5 angka sebulan dan masuk ke dunia akademik yang berpendapatan 4 angka semula.

Malah ketika interview UIAM sebanyak 3 peringkat iaitu Jabatan, Kulliyyah dan Universiti. Pasti tidak terlepas soalan ini, hampir semua panel yang meng'interview' saya menjadi kehairanan dan pelik dengan sikap saya yang sanggup turun pendapatan dari 5 angka ke 4 angka.

Saya lagi pelik dengan kepelikkan mereka. Apakah begitu sukar untuk difahami?. Saya tidak pelik langsung kerana saya telah pastikan kerjaya saya ada hala tuju dan objektif tertentu.

Anatara jawapan mudah saya untuk dikongsikan bersama pengunjung web ini adalah :-

Pertama : Duit bukanlah matlamat saya ketika menyertai industri perbankan Islam ini, cuma tanpa dirancang. telah menjadi budaya korporat apabila anda kerja dengan tekun dan memenuhi 'expectation' mereka, secara sukarela mereka mengganggap anda penting lalu menaikkan pendapatan anda sebagai penghargaan.

Terus terang, saya sertainya adalah kerana inginkan ilmu praktikal dan operasi perbankan Islam. Saya tidak ingin menjadi seorang yang tidak adil dalam menghukumi sesebuah bank Islam tanpa mengetahui hakikat operasi mereka secara ‘live'.

Ia amat penting bagi membolehkan saya mengaplikasikan ilmu Syariah dari Kitab turath ke dalam dunia praktikal..bukan sekadar teori dan cakap-cakap semata-mata. Saya berpeluang menghidupkan teori Fiqh yang tersimpan di dalam kitab-kitab Fiqh silam dan moden dalam bentuk hidup nyata di dunia perbankan Islam bagi menyelamatkan umat Islam dari dosa sebesar Riba. Saya amat gembira dengan tugas demikian.

Islam adalah penyelesai masalah semasa, tetapi jika ia tidak mampu diterjemahkan dalam kehidupan ekonomi dan perbankan semasa, Islam akan dilihat tidak ‘up to date' , malah peranan ilmuan Syariah untuk menonjolkan Islam juga semakin malap dalam dunia yang berkembang pantas ini.

Hasilnya dalam tempoh tiga tahun yang saya peruntukan untuk proses ini, saya telah berjaya memperolehi pengalaman bermakna tatkala membina dan membetulkan produk-produk bank Islam, menyemak seluruh syarat dan dokumen perbankan dan kewangan Islam merangkumi sebuah bank Islam tempatan ( iaitu RHB Islamic Bank) dan juga mempelajari operasi sebuah bank Islam antarabangsa ( iaitu Qatar Islamic Bank @ Asian Finance Bank Berhad) dari mula ia ditubuhkan di Malaysia. Kata orang putih "from the scratch", kerana saya merupakan kakitangan kedua di Asian Finance Bank yang dilantik selepas CEO.

Kedua : Saya juga ingin menyumbang Ilmu Islam kepada semua tanpa ikatan ‘office hours' dan organisasi tertentu. Sebagai pensyarah UIA, saya bebas untuk memberikan manfaat ilmu kepada mana-mana organisasi kewangan Islam dalam satu masa. Waktu saya lebih fleksible untuk menyumbang dan membuat kajian mendalam.

Benar, saya amat ingin jadikan ilmu yang dianugerahi Allah s.w.t ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat seramai mungkin, bukan hanya untuk dimanfaatkan oleh sesebuah organisasi sahaja.

Kerjaya sebagai Pensyarah universiti adalah tugas yang terbaik bagi melaksanakan tugasan ini.

Perancangan Tercabar

Saya telah meletakkan pelan untuk berkhidmat dalam operasi perbankan & kewangan Islam selama 3 tahun sahaja, akan tetapi saya perlu pastikan ilmu yang saya perolehi menyamai tempoh 10-15 tahun bekerja di industri ini.

Tidaklah begitu sukar untuk mencari jalan mengetahui bagaimana tahap ilmu kita dalam hal ini. Ajak sahaja seorang Senior Islamic Banker yang punyai pengalaman 15 tahun bersembang dengan anda perihal teknikal perbankan. Jika anda faham bahasa perbankan dan istilah yang digunakan serta anda boleh pula memberikan idea, soalan dan komentar yang dianggap standard oleh mereka. Saya kira ilmu anda sudah hampir dengan pengalaman 15 tahun dari satu sudut paling kurang.

Ia bukan tugas mudah dan memang meletihkan, tapi saya mesti mencapainya, saya nekad. Dalam tempoh sederhana singkat itu telah saya senaraikan ilmu operasi yang perlu saya perolehi termasuk semua ilmu pelaburan Islam, perbankan runcit, perbendaharaan (Treasury), Pasaran Modal Islam seperti Sukuk and Unit Saham Amanah, ‘Structured Products' dan lain-lain.

Tempoh perancangan ini mestilah dijaga sebaiknya walaupun terdapat agak banyak gangguan-gangguan yang mendatang. Tawaran bertugas di Qatar Islamic Bank di Doha Qatar, dan sebuah Syarikat Kewangan Islam di Dubai adalah antara tawaran yang paling menggoda. Terutamanya dari sudut ganjaran kewangan peribadi yang boleh melonjak sehingga 3 ke 4 malah 5 kali ganda dari pendapatan saya di Malaysia.

Bagi saya, sekali saya sudah membuat pelan yang teliti, tidak tepat kiranya saya mengkhianati perancangan teliti saya hanya kerana lumayannya tawaran itu.

Pelan dakwah dan penyebaran ilmu buat rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya, Saya mungkin akan gagal memaksimumkan tenaga dan ilmu saya untuk rakyat Malaysia jika saya berkhidmat di Dubai atau Doha, Qatar.

Umat Islam di Malaysia Keutamaan Saya

Saya jadikan umat Islam di Malaysia sebagai sasaran dakwah yang paling utama bagi memenuhkan bekalan akhirat saya.

Agenda menyelamatkan mereka dari kejahilan kewangan Islam, prejudis terhadap perbankan & kewangan Islam tanpa ilmu lengkap serta memandang rendah dosa Riba perlu saya utamakan daripada mendapat pendapatan lumayan untuk diri sendiri di Dubai atau Qatar.

Terutamanya di waktu fahaman anti perbankan Islam yang sebahagiannya dibawa oleh segelintir ahli Akademik dari beberapa buah Universiti. Mereka kelihatan syok sendiri dengan teori idealis yang biasanya tidak menjejak ke bumi, tidak praktikal, serta langsung tidak meraikan kaedah 'tadarruj hakiki' yang diiktiraf Islam.

Sebahagian yang lain pula muncul dari kalangan individu yang membenci kewangan Islam kerana pengalaman peribadi buruk di satu bank lalu di ‘generalize' kepada seluruh sistem kewangan Islam dan bank-bank Islam.

Sebahagian lain pula muncul disebabkan ketidak telitian individu terbabit dalam bidang Syariah dan operasi semasa perbankan dan kewangan tetapi agak malang berlagak lebih alim dari ulama sedunia yang telah membincangkannya di persidangan Fiqh dunia,

Sebahagian lagi datang dari kelompok ahli politik yang tidak habis-habis mencari modal untuk mempolitikkan segala ruang dari sekecil perkara sehingga ke besarnya. Perbankan dan Kewangan Islam tidak terlepas dari modalnya hanya kerana objektif politik yang ingin dicapai, habis ingin diruntuhkan semuanya. Mereka tidak sedar tindakan tidak berhati-hati bakal membawa manusia ke perbankan riba yang nyata haram. Saya tidak nafikan ada kelemahan, tetapi ia masih boleh di 'adjust' bagi memenuhi tuntutan Syariah.

Sesuaikah untuk saya berhijrah bertugas di Timur Tengah dengan pendapatan lumayan dalam keadaan masyarakat yang sedemikian? .

Apalah gunanya pendapatan besar dan berseronok sendiri sedangkan masyarakat di negara sendiri lemas dalam dosa riba sebesar peperangan dengan Allah s.w.t. dan RasulNya.

Moga Allah menetapkan pendirian ini dalam keikhlasan yang tidak perlu dibuktikan kepada mana-mana manusia. Cukuplah Allah sw.t sebagai saksi.

Jangan Fikir Semua Orang Macam Anda ?

Saya teringat kata-kata seorang Atok yang muncul di sebuah stesyen radio berkata :

"Jika seorang penasihat Syariah itu kerja di dalam syarikat, tak mungkin dia berani tegur boss jika salah dari sudut Syariat sekalipun, nak kena potong gaji?!, sebab tu perlu penasihat Syariah luaran"

Demikianlah antara intipati dakwaannya yang liar dan cuba di ‘generalize'kan sesuka hati.

Malanglah kita jika sentiasa mengganggap semua orang lemah macam kita atau kuat dan bijak macam kita. Keadaan ini boleh menimbulkan perpecahan, tidak puas hati dan kemarahan.

Sebagaimana contoh di atas, jika kita tergolong dalam golongan yang boleh dibeli, jangan dengan mudah mengganggap semua orang lain juga boleh dibeli seperti kita.

Saya agak pelik dengan dakwaan liar seperti ini, ia seolah meremeh fungsi Penasihat Syariah yang bertugas di dalam sesebuah syarikat yang pada masa sama mengawal selianya urusan kepatuhan Syariahnya. Samada ia sebuah bank Islam, syarikat MLM, ataupun sebuah kilang pengeluar makanan tertentu.

Dalam masa yang sama individu bergelar 'atok' ini cuba memuji penasihat Syariah luaran.

Padahal jika itu sifirnya, sudah tentu semua Penasihat Syariah luaran juga boleh dibeli, kerana mereka juga dibayar elaun oleh bank, syarikat dan kilang yang sama juga. Kemungkinan juga, jika mereka tidak meluluskan satu-satu produk, mereka juga boleh ditamatkan tempoh ‘appointment' mereka.

Justeru, dakwaan ini hanyalah bersifat menghancur tanpa asas, padahal ramai rakan-rakan saya di bank Islam yang berdebat dengan CEO mereka kerana isu Syariah, saya juga banyak pengalaman dalam hal ini, sehingga adakala saya bawa isu Syariah ke peringkat yang lebih tinggi dari CEO bagi memastikan kepatuhan Syariah dijaga. Malah apabila dibuat demikian, CEO makin hormat dan sayang ke kita kerana ketegasan dan amanah dalam menjalankan semakan Syariah. Tidak seperti yang dijangkakan oleh Atok tadi.

Malah ada penasihat Syariah yang saya kenali pernah menarik diri dan meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan sesuatu struktur kewangan yang ingin dilaksanakan. Walaupun projek itu memperuntukan penghargaan wang sebanyak RM 50,000 jika ia berjaya dilulus dan dilaksanakan.

Justeru, jangan mudah menyangka buruk secara umum kepada ahli agama sebagai menjual agama mereka kerana duit. Tidak saya nafikan jumlah ahli agama yang menjual agama mereka kian bertambah dari hari ke hari tetapi untuk dipukul rata kesemuanya bersifat demikian adalah tidak harus sama sekali.

Fatwa Rakan

Rakan saya berkata : "Wah, ustaz dah keluar dari bank, lepas ini susahlah orang yang benci kat ustaz nak guna hujjah.."ustaz bank tu mestilah pertahan bank Islam. Bank suap dia.", kerana ustaz bukan lagi disuap oleh bank...."

Saya hanya mampu tersenyum, tapi yang pasti saya akan pertahan perbankan Islam dalam perkara yang benar sahaja.

Sekian coretan ringkas di kesempatan waktu di 7 hari terakhir Ramadhan mulia ini.

Moga Allah mengampunkan saya dan anda semua dari sebarang perasan sangka buruk, tuduhan liar dan fitnah tanpa hak di bulan berkat ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

23 Ramadhan 1428 H

5 Oktober 2007

4 Nasihat bagi Calon Tetamu Allah

Posted by Sumayyah Mohd Idris

empat nasihat bagi para calon tamu Allah..

Pertama, luruskan niat dari ibadah haji itu hanya untuk memenuhi panggilan Allah, semata sebagai perwujudan ketaatan dan kepatuhan atas perintah-Nya (Q.S. 98:5). Nasihat ini perlu disampaikan kepada para calon jemaah haji karena lima belas abad lalu, Rasulullah saw. telah memprediksikan umatnya yang akan melaksanakan ibadah haji itu dengan motif yang bermacam-macam. Sangat sedikit sekalli dari mereka yang memiliki niat untuk beribadah hanya karena untuk memenuhi panggilan Allah.

Rasulullah saw. telah bersabda, Akan datang suatu waktu kepada umat manusia, mereka orang kaya bermotif melaksanakan hajinya untuk wisata. Mereka yang golongan menengah motif melaksanakan hajinya untuk berdagang. Kebanyakan mereka motif melaksanakan hajinya untuk dilihat dan didengarkan gelar hajinya. Dan mereka yang miskin motif melaksanakan hajinya untuk minta-minta. (H.R. Khatib dari Anas r.a).

Di dalam keterangan yang lain, Rasulullah saw. juga menerangkan, yang bermotif wisata lebih banyak daripada yang bermotif ibadah haji karena memenuhi panggilan Allah. Oleh karena itu, Rasulullah saw. mempertegas sekaligus mengingatkan kepada umatnya, khusus niat ibadah haji ini agar diikrarkan dan atau ditalafudzkan secara terus-menerus dengan kalimat Labbaikallahumma hajjan, labbaikallahuma labbaik, labbaika la-syariekalaka labbaik. Innal hamda wan-ni'mata laka wal mulk la-syarieka lak. Ya Allah, aku datang untuk memenuhi panggilan-Mu melaksanakan ibadah haji. Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah! Aku datang memenuhi panggilan-Mu, akan datang memenuhi panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan adalah milik-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu.

Kedua, kuasai dan mantapkan pemahaman pada syariat dan kaifiyat haji. Artinya sampaikan kepada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji agar semaksimal mungkin menguasai dan memahami berbagai hal peraturan ibadah haji yang telah Allah syariatkan serta tata cara ibadah yang telah Rasulullah saw. contohkan.

Khudzu 'annie manasikakum. Lakukan ibadah hajimu itu seperti ibadah haji yang aku lakukan ini, begitu pesan Nabi saw. Janganlah para jemaah dalam ibadah ini menggantungkan harapan hanya kepada para pembimbing. Karena berdasarkan logika dan pengalaman menunjukkan bahwa dengan jemaah yang sangat banyak, ditambah dengan jemaah-jemaah lain dari berbagai negara, sungguh sangat tidak mungkin setiap jemaah akan mendapat dibimbing satu per satu tiap jemaah, lebih-lebih dengan pemahaman yang sangat bermacam-macam. Apabila tidak menguasai dan memahami hal ini, selain akan membuat jemaah menjadi ragu-ragu dalam ibadah, juga yang paling dikhawatirkan adalah mereka hanya mengikuti cara ibadah jemaah lain yang jelas-jelas mungkin mempunyai pemahaman dan kepentingan masing-masing.

Oleh karena itu, andaikata dengan panduan yang selama ini dibagikan oleh Departemen Agama sangat sulit untuk dikuasai dan dipahami, apalagi untuk dihafalkan. Maka pahamilah substansi dari satu amalan yang ada di dalam manasik tersebut sekaligus hafalkan doa-doanya yang pendek saja sehingga ketika kita berpisah dengan pembimbing, kita sudah mandiri dan yakin dengan apa yang kita amalkan.

Ketiga, ketepatan waktu dalam beribadah. Karena ibadah haji ini sangat terbatas waktunya tidak seperti ibadah umrah yang bisa dilaksanakan kapan saja. Allah telah berfirman, "Musim haji itu adalah beberapa bulan yang telah ditetapkan, maka barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu untuk melaksanakan kewajiban haji, maka jangalah ia berbuat rafats, perbuatan yang sia-sia, jangan berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah takwa dan bertakwalah kepada-Ku, wahai orang-orang yang berakal" (Q.S. 2:197).

Meski sebagian ahli tafsir berbeda pendapat tentang kapan mulai niat haji berdasarkan pada ayat tersebut di atas, apakah niat haji itu mulai pada bulan haji, yakni bulan Syawal, Zulqaidah, dan sepuluh hari pada bulan Zulhijjah, atau pada saat mau melaksanakan ihram haji. Namun bulan dan sebagian hari dari bulan ketiga diungkapkan dalam bentuk jama' (asyhur) untuk menunjukkan dominasi, dan para ulama juga telah sepakat yang dimaksud dengan fardu pada ayat itu ialah memastikan dan mengharuskan ihram haji (Tafsir Ibnu Katsier, Jilid 1:323).

Dan yang paling penting untuk diperhatikan oleh para calon jemaah haji adalah ketika telah memasuki waktu-waktu melaksanakan ibadah haji mulai tanggal 8 hingga Zulhijah sebagai puncak dan pelaksanaan ibadah haji, orang Sunda mengatakan waktu ngahijikeun. Di antara waktu-waktu inilah para jemaah haji harus mengetahui dan jeli kapan mereka harus menetapkan niat sambil menggunakan pakaian ihram, kapan waktu wukuf di padang Arafah, kapan mengambil batu kerikil di Muzdalifah, kapan waktu melontar jumrah, kapan waktu tahallul, kapan waktu thawaf, kapan waktu sa'i, kapan waktu tahallul tsani, kapan kembali ke Mina, kapan waktu melontar Jumrah Ula, Wustha, 'Aqabah, dan kapan pula waktu untuk kembali ke Mekah maupun ke Mina.

Keempat, ketetapan tempat manasik haji. Artinya para calon jemaah haji harus hati-hati ketika berada di suatu tempat, terutama tempat-tempat yang telah ditentukan sebagai tempat manasik haji. Umpamanya di mana para calon jemaah haji akan memakai pakaian ihram, di mana letak Padang Arafah sebagai tempat wukuf, di mana batas antara Muzdalifah dengan Mina, di mana Mina sebagai tempat melontar dan mabit, serta di mana tempat untuk melaksanakan thawaf, sa'i, dan tahallul.

Rasulullah saw. menyatakan, Al-Hajju Arafatun. Haji adalah wukuf di Padang Arafah. Itulah di antara hal-hal yang harus disampaikan kepada para calon jemaah haji dan itu pula yang harus dijadikan sebagian rujukan oleh calon jemaah haji sebagai upaya untuk kesempurnaan ibadah menuju haji yag mabrur. Selamat jalan para hujjaj. Semoga menjadi haji yang mabrur.***

Penulis pengurus MUI Kabupaten Bandung, Ketua BTM Baitusy-Syafi RS Muhammadiyah Bandung.

Perhimpunan Akhillaa’

Posted by Sumayyah Mohd Idris

Apa yang penting ialah kami dapat bertemu semula, update perkembangan masing-masing.

Anak sudah berapa?

Bagaimana hidup berumahtangga? Tahun lalu datang solo, tahun ini sudah berteman.

Kerja di mana sekarang?

Tahniah dapat kenaikan pangkat. Yang tutor jadi pensyarah, yang pensyarah selesai PhD. Yang PhD sudah menjadi Profesor Madya.

Tumpang gembira dan bangga…

Dan sehubungan dengan nikmat dari Tuhanmu, perkatakanlah mengenainya” (Al-Quran 93 : 11)

Tetapi soalan-soalan itu hanya rutin. Ia sekadar conteng-conteng warna yang mencantikkan perbualan.

LEBIH BERMAKNA

Apa yang lebih bermakna, adalah kebahagiaan melihat wajah rakan-rakan yang setia bersama semasa di bangku pengajian lama dulu, dan kini terus setia bersahabat dan berukhuwwah. Ada yang sudah bersahabat semenjak di bangku A-Level, hinggalah kita sudah duduk di bangku Profesor.

Inilah yang menjadi inspirasi saya dalam tazkirah ringkas 30 minit yang diminta.

Bahawa kelompok di dalam IPRO dan KRIM ini adalah kelompok akhillaa’, kekasih-kekasih yang intim atas satu ikatan yang luar biasa. Akhillaa’ bukan ahibba’, bukan sekadar orang yang kasih mengasihi seperti dua insan bercinta, tetapi kasih sayang yang terbit seiring dengan pengorbanan. Pengorbanan di medan perjuangan.

Kerana itu cinta Ibrahim kepada Allah, menjadikannya Khalil bagi Allah dan bukan sekadar habib.

Habib itu biasa. Tetapi Khalil adalah cinta yang tinggi. Cinta yang menyanggupkan diri untuk sebuah pengorbanan.

Akhillaa’ adalah gelaran untuk kekasih-kekasih yang bercinta di dalam perjuangan.

Perjuangan pula terbit dari kepekaan, kesedaran dan keprihatinan.

LATIHAN RAMADAN UNTUK AKHILAA’

Inilah hasil kesan Ramadan. Segala ibadah yang disyariatkan oleh Allah di bulan Tarbiyyah itu adalah untuk menerbitkan kualiti TAQWA. Salah satu intipati penting di dalam TAQWA ialah kesedaran dan kepekaan. Manusia yang bertaqwa adalah manusia yang peka dan sedar.

Jika tidak peka dan sedar, masakan dia akan berjalan dengan begitu teliti ketika menempuh laluan penuh duri. Itu analogi Ubay bin Ka’ab sebagai menjawab soalan Umar al-Khattab tentang maksud Taqwa. Tengok kanan nampak duri, tengok kiri nampak bahaya, lantas perjalanan dilakukan dengan penuh sedar dan peka. Berhati-hati.

Inilah latihan dalam ibadah puasa. Kita begitu peka dan teliti dengan soal menjaga kualiti puasa. Kita bijak mengawal diri untuk tidak terjerumus kepada desakan keinginan diri. Semuanya berlaku kerana kita menempuhnya dengan conscious. Tanpa kesedaran, mahu sahaja orang berpuasa menyelak tudung periuk khususnya di awal-awal Ramadhan. Tetapi dengan sedar, dengan peka, puasa terjaga fekah dan tasawwufnya.

Sedar itu yang menjadi sari pati nilai Taqwa.

Seorang yang bertaqwa adalah seorang yang sedar dan peka. Bukan hanya peka kepada dirinya, malah peka kepada persekitaran. Bertitik tolak dari kesedaran itu, kita bertindak dan berperanan.

Kualiti inilah yang mengekalkan kami sebagai akhilla’. IPRO dan KRIM adalah dua badan yang mengumpulkan manusia peka dan manusia sedar. Bahawa di sekitar kami terlalu banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan, dan terlalu banyak peranan yang perlu dimainkan.

Jika semasa di bangku pengajian, kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti sosial dan program-program keagamaan… ia merupakan suatu hal yang biasa. Ia mungkin lanjutan momentum keghairahan kita terhadap aktiviti ko-kurikulum dan berpesatuan semata. Tetapi apabila tamat pengajian dan tangan sudah menggenggam segulung ijazah, adalah terlalu mudah untuk hidup beralih menjadi self-centered.

Dakwah?

Ahh, anak bini ini pun kewajipan juga.

Bagi talk untuk student?

Ahh, aku dulu tak ada siapa pun bagi talk, boleh berjaya juga.

Datang usrah?

Tunggu housemanship habis dulu… tunggu exam MRCP selesai dulu, tunggu exam Master habis dulu… tunggu, tunggu dan tunggu…!

Ya, segala pemikiran ideal dan keghairahan kerja Islam semasa belajar dahulu, mudah sahaja untuk ditinggalkan.

Tetapi Taqwa tidak mengizinkan kita menjadi anggota masyarakat yang lumpuh. Hidup, masih hidup, tetapi sudah tidak bergerak. Hanya terperosok di posisi sendiri.

Taqwa menuntut kita untuk terus peka, sedar dan peduli. Dan dengan Taqwa itu juga kami terus menempatkan diri di medan amal Islami. Tidak kekok untuk menggendong anak turun bertemu anak muda yang dahagakan panduan. Tidak penat untuk bermata merah turun ke usrah demi mengekalkan momentum dakwah. Tidak segan untuk ketua jabatan yang sudah berjaya, turun ke program bersama remaja untuk membawa mereka berjaya sama.

Tidak teragak-agak untuk mereka yang sudah Muslim peribadi, terus berjuang untuk Muslim masyarakat dan Muslim negara.

Kerana semua itu adalah manifestasi Taqwa.

Di atas keprihatinan itu kami terus bertemu dan bersama. Di atas keprihatian itu kami sama-sama menempuh usia muda, dan di atas perjuangan itu juga kami meniti usia matang dan dewasa. Semuanya atas janji yang pernah dilafazkan dulu, bahawa solat dan ibadah yang mengiringnya, hidup dan matinya, adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Kami sedang hidup dengan Taqwa, dan kami mahu mati di atas jalan yang sama.

Agar selepas berkasih sayang di dunia perjuangan, kami terus berkasih sayang di Akhirat negeri pembalasan.

Kerana sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:

Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa (43: 67)

Semoga Allah mengekalkan kami di atas jalan ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Safar Al-Mar'ah

Posted by Sumayyah Mohd Idris

MUQADIMAH

Safar mar'ah merupakan satu isu yang amat menarik untuk diperbincangkan dan diberi perhatian oleh semua pihak. Walaupun sebenarnya kini ia seolah-olah sudah tenggelam dalam kemelut kesibukan manusia menjuruskan diri dalam era teknologi maklumat.

Diriwayatkan daripada Ummu Hamidah isteri kepada Abu Hamid As-Sa’idi, sesungguhnya Ummu Hamidah telah datang kepada Nabi Muhammad SAW, “ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku amat menyukai untuk bersolat bersama-sama kamu.” Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya :

قد أنك تحب الصلاة معى وصلاتك فى بيتك خير من صلاتك فى حجرتك و خير من صلاتك فى دارك وصلاتك فى دارك خير من صلاتك فى مسجد قومك وصلاتك فى مسجد قومك خير من صلاتك فى مسجدى رواة أحمد

Walaupun Rasulullah tidak melarang wanita untuk ke masjid tetapi baginda menegaskan bahawa solat di rumah lebih afdhal bagi wanita daripada solat di masjid. Taujihad nabawi ini menjadi dalil bahawa Islam amat menyukai wanita menetap di rumah. Sekiranya Islam menggalakkan wanita keluar daripada rumah, nescaya baginda manggalakkan wanita berkunjung ke masjid kerana masjid merupakan tempat yang paling selamat dan aman daripada fitnah bagi seseorang wanita jika dibandingkan dengan tempat yang lain.

Peraturan yang ditetapkan oleh Islam supaya wanita melazimi rumah bukan bermakna Islam menegah secara mutlak seseorang wanita itu keluar daripada rumah. Islam mengharuskan wanita keluar daripada rumahnya hanya untuk memenuhi hajat dan keperluannya dengan syarat mereka menjaga batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syara’ ke atas mereka.

Sekiranya kita soroti arus kemodenan dan ketamadunan dewasa ini memang kita dapati wanita keluar daripada rumah dengan pelbagai sebab, antaranya untuk melengkapkan thaqafah dan ilmu pengetahuan, bekerjaya, berpesatuan dan sebagainya. Mereka telah diberi peluang seluas-seluasnya untuk mencernakan bakat, kekreatifan dan kemahiran dalam bidang yang mereka minati dan ceburi berlandaskan hudud-hudud Ilahi. Namun demikian Islam tidak sewenang-wenangnya membenarkan mereka bermusafir tanpa memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syara’. Kita melihat dalam bidang kerjaya seseorang wanita perlu mematuhi segala ketetapan yang telah ditentukan bertunjangkan Al-Quran, As-Sunanh dan Maqasid Syariah:

• Hendaklah wanita tersebut mendapat keizinan daripada walinya (bapa atau datuk) atau suaminya untuk keluar bekerja.
• Pekerjaan yang hendak dilakukan itu adalah pekerjaan yang diharuskan oleh syara’.
• Hendaklah melazimi adab-adab yang ditentukan oleh syara’ sebagai seorang wanita muslimah, meliputi pemakaian, gaya berjalan, percakapan, pandangan dan segala gerak geri.
• Pekerjaan tersebut tidak menyebabkan dia mengabaikan tanggungjawab dan tugas-tugas asasinya terhadap suami dan anak-anak serta pengurusan rumahtangga.
• Tidak bertentangan dengan fitrah mereka yang lembut seperti bekerja sebagai buruh binaan, tukang kayu, tukang besi dan sebagainya yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki.
• Tidak menyebabkan penguasaan wanita ke atas kaum lelaki.
• Berusaha menjauhi kerja yang boleh berlaku khalwat atau ikhtilat.

Demikianlah beberapa syarat yang telah digariskan oleh para ulama. Ia mesti dijaga oleh setiap wanita yang ingin bekerja di luar. Begitu juga dengan pemerintahan, mereka mesti memastikan syarat-syarat tersebut dipenuhi dan dijalani agar tidak timbul kesan-kesan negatif yang boleh merosakkan masyarakat di kemudian hari akibat pengabaian terhadap syarat-syarat tersebut. Segala syarat yang diutarakan tersebut bukan terhad di bidang kerjaya semata-mata tetapi turut merangkumi seluruh amal Islami yang dilakukan oleh kaum wanita.

DEFINISI DAN KLASIFIKASI SAFAR MAR’AH

Definisi:

لغة قتع المسافة مطلقا وشرعا : قتع مسافة تتغير بها الأحكام

Makna permusafiran dari segi bahasa yang terkandung di dalamnya ialah perpindahan dari negeri ke satu negeri atau dari satu negara ke satu negara.

Klasifikasi:

1. Permusafiran ketaatan – seperti haji dan jihad.
2. Permusafiran harus – seperti berniaga.
3. Permusafiran maksiat – menyamun.

Dalam Ihya’ Ulumuddin, Imam Ghazali Rahimullah mengklasifikasikan permusafiran kepada empat kategori iaitu:

Musafir dalam menuntut ilmu, iaitu samada wajib atau sunat bergantung kepada ilmu tersebut adakah ia wajib atau sunat untuk dituntut.

Musafir kerana tuntutan haji dan jihad iaitu merupakan musafir kerana ibadah.

Musafir kerana ingin lari daripada perkara yang membawa keburukan kepada badan seperti taun ataupun keburukan pada harta contohnya seperti harga tepung yang mahal atau apa sahaja yang seumpama dengannya.

Kemudian Al-Imam mengatakan pula bahawa safar terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1. Musafir yang dikeji.
Haram: contohnya hamba yang melarikan diri daripada tuannya dan lari kerana derhaka kepada kedua ibubapa atau salah seorang daripadanya.

Makruh: contohnya lari dari negara yang dilanda taun.

2. Musafir yang terpuji.
Wajib: contohnya menunaikan haji dan menuntut ilmu yang mana ia adalah suatu kefardhuan ke atas setiap muslim.

Sunat: contohnya menziarahi ulama dan warisan ulama silam.

3. Musafir yang diharuskan.
Contohnya keluar bermusafir untuk memenuhi keperluan hidup seperti berniaga dan mengajar dan sebagainya.

Dalam kitab Mufassal Fii Ahkam Al-Mar’ah menjelaskan bahawa permusafiran wanita semata-mata kerana menuntut ilmu adalah diharuskan samada menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat. Walaubagaimanapun ia menjadi wajib sekiranya berkaitan dengan fardhu kifayah dalam keadaan tiada seorang pun mempelajarinya dalam sesebuah negara ataupun bandar. Antara syarat untuk wanita bermusafir:

• Bermusafir untuk keperluan atau kemaslahatan mengikut syar’ie, maka wanita dibolehkan bermusafir walaupun melepasi sempadan sesebuah negara. Ketika itu juga tiada sekumpulan manusia yang dapat menyampaikan ilmu yang diperlukan itu. Contohnya dalam perubatan sakit puan penglibatan wanita adalah amat dituntut.
• Permusafiran tersebut mestilah ditemani oleh mahramnya atau suaminya sekiranya telah berkahwin, tidak memadai oleh sekumpulan wanita yang dipercayai mengikut pendapat sesetengah ulama dengan berhujahkan bahawa wanita yang dipercayai itu hanyalah mempunyai ikatan persaudaraan dalam aqidah bukannya mempunyai hubungan persaudaraan darah. Berbeza juga dalam bab haji yang terikat pada tempoh-tempoh tertentu sedangkan menuntut ilmu memerlukan jangka masa yang panjang dan pemerhatian daripada mahramnya memang sewajarnya dilakukan.

Dalam tafsir Al-Qurtubi sekitar ayat 100 daripada Surah An-Nisa’ dalam masalah ke-5 menyebut bahawa ulama telah mengkategorikan permusafiran tersebut kepada dua kategori iaitu situasi dan tuntutan:

SITUASI

1. Hijrah iaitu keluar dari negara musuh ke negara Islam atau keluar dari tempat peperangan ke tempat yang aman sejahtera. Ia merupakan perkara fardhu semasa zaman Nabi Muhammad SAW dan hijrah sebegini masih lagi difardhukan hingga hari kiamat.
2. Keluar dari negara yang mengamalkan bidaah.
3. Keluar dari negara yang banyak mengamalkan perkara yang haram. Adapun keperluan kepada yang halal merupakan perkara fardhu ke atas setiap muslim.
4. Lari daripada kebinasaan kepada badan.
5. Bimbang dijangkiti penyakit dalam sesebuah negara yang diserang wabak penyakit kecuali taun kerana Allah SWT telah melarang kita dari lari daripada penyakit taun.
6. Lari kerana takut kebinasaan pada harta. Sesungguhnya harta muslim itu haram dimusnahkan seperti haramnya darah seorang muslim.

TUNTUTAN

1. Musafir untuk mencari pengalaman dan kematangan hidup.
2. Musafir untuk menunaikan haji.
3. Musafir untuk jihad fii sabilillah.
4. Musafir untuk mencari rezeki atau menyambung kehidupan.
5. Musafir untuk menjalankan urusan perniagaan.
6. Musafir untuk menuntut ilmu dan menambahkan thaqafah.
7. Musafir untuk menziarahi sahabat semata-mata kerana Allah SWT.

HUKUM SAFAR MAR’AH

Sebelum kita mengupas tajuk di atas kita perlu mengetahui bahagian-bahagian safar terlebih dahulu. Bahagian-bahagiannya ialah:
• Safar wajib
• Safar sunat
• Safar harus

SAFAR WAJIB

Iaitu safar untuk menunaikan fardhu haji, sebahagian ulama menyatakan bahawa jihad dan menuntut ilmu juga dikira sebagai musafir wajib. Pendapat-pendapat ulama dalam masalah ini:

Al-Hanafiah – perempuan yang hendak menunaikan haji disyaratkan bersama suami atau mahramnya. Jika tiada suami atau mahram, perempuan tersebut tidak diwajibkan menunaikan haji.

Al-Jaafariah – tidak disyaratkan bersamanya suami atau mahram ketika safar tetapi disyaratkan adanya aman dan thiqah jalan. Oleh itu, seseorang perempuan boleh menunaikan haji seorang diri tanpa suami atau mahram jika aman.

Hanabilah - disyaratkan adanya suami atau mahram. Jika seseorang perempuan bermusafir untuk menunaikan haji tanpa suami atau mahram, hukumnya berdosa tapi hajinya sah.

Az-Zaidiah - adanya suami adalah syarat untuk menunaikan haji tetapi bukan syarat wajib (sekiranya syarat wajib cukup, perempuan tersebut tidak boleh bermusafir kerana syarat untuk melaksanakan haji belum sempurna walaupun syarat wajib telah cukup). Ini bermakna dibolehkan mengerjakan haji pada tahun hadapan sekiranya ada mahram atau suami. Syarat tersebut hanya tertakluk kepada perempuan muda.

Az-Zohiriah – perempuan yang tiada suami atau mahram wajib melakukan haji kerana umum ayat maka berdosa sekiranya dia tidak menunaikan haji berdasarkan ayat tersebut.

Imam Malik – tidak disyaratkan perempuan tersebut bersama suami atau mahram yang dithiqahi bahkan disyaratkan aman bagi dirinya. Adalah makruh bagi seorang wanita yang bermusafir sehari semalam tanpa mahramnya tetapi dibolehkan wanita itu menunaikan haji bersama sekumpulan wanita dan orang-orang yang dipercayai sekalipun mereka bukan mahram bagi wanita tersebut.

As-Syafie – tidak wajib haji ke atas perempuan melainkan ada bersamanya suami, mahram atau perempuan yang dithiqahi kerana membawa keamanan dalam permusafirannya.

SAFAR SUNAT

Iaitu samada haji dan umrah sunat, ziarah menziarahi, urusan perniagaan dan sebagainya. Menurut pendapat ulama:

Segolongan ulama menyatakan harus seseorang wanita keluar bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.

Jumhur ulama menegaskan tidak harus kecuali bersama suami atau mahram berdasarkan hadis-hadis yang sahih.

Al-Qadhi menyatakan bahawa ulama telah bersepakat bahawa tidak boleh keluar bermusafir selain daripada haji dan umrah tanpa mahram kecuali untuk tujuan hijrah dari negara kafir ke negara Islam.

Al-Qadhi Iyadh menyatakan tidak boleh perempuan muda tanpa mahramnya adapun perempuan tua yang telah mengalami putus haid boleh bermusafir pada bila-bila masa tanpa suami atau mahramnya. Pendapat ini turut disokong dalam kitab Al-Qura yang dikarang oleh Mustafa Al-Hilbi.

SAFAR HARUS

Contohnya musafir kerana melancong ke sesebuah tempat. Safar harus ada dua keadaan:

Bermusafir secara berkumpulan samada ditemani oleh perempuan yang dipercayai atau suaminya.

Musafir seorang diri.

Musafir bersama orang lain (bukan suami atau mahram); hukumnya jika terdapat bahaya disepakati oleh ulama hukumnya haram. Sekiranya tiada mudharat, maka di dalam masalah ini terdapat kekhilafan yang akan kita perbincangkan. Jumhur ulama tidak membolehkan perempuan dalam safar harus kerana berdasarkan hadis-hadis yang sorih (jelas).

Syeikh Sya’rawi, Dr. Yusof Al-Qardhawi dan Syeikh Abdullah Jabra’in iaitu salah seorang ahli Majlis Fatwa Saudi menyatakan boleh dan ia tidak haram. Kata Syeikh As-Sya’rawi, “Apabila keamanan terjamin melalui mana-mana cara atau wasilah, tidak dihalang bagi seorang perempuan untuk bermusafir sekalipun seorang diri terutama di zaman ini, di mana sistem pengangkutan amat menyelesakan serta wujud ciri-ciri keselamatan ke atas maruah dan adab kesopanan seorang perempuan”. Dr. Yusof Al-Qardhawi berkata di dalam كيف نتعامل مع السنة dan والصحوة الإسلامية بين الجحود والتطرف, “Apabila kita melihat kepada safar pada zaman ini dengan segala kemudahannya, kita akan mendapati ia seperti kapal terbang yang dapat memuatkan beratus-ratus penumpang yang membawa manusia dari satu negara ke satu negara yang lain dalam waktu yang singkat. Oleh yang demikian, tidak perlu dibimbangkan tentang keselamatan seseorang perempuan apabila kaum keluarganya menghantar ke lapangan terbang dan perempuan itu disambut oleh kaum keluarganya di destinasi yang ditujunya. Tambahan pula perempuan itu menaiki kapal terbang bersama penumpang yang dithiqahi.

Perkara ini telah ditegaskan oleh kebanyakan fuqaha di dalam safar wanita untuk menunaikan fardhu haji, di mana mereka mengharuskan perempuan bermusafir untuk menunaikan haji bersama perempuan-perempuan atau rombongan yang dithiqahi. Maksud Dr. Yusof Al-Qardhawi sebagaimana ulama yang lain membolehkan perempuan bermusafir tanpa mahram atau suami jika terjamin keamanannya.

Syeikh Jabrain menyatakan terdapat hadis yang melarang perempuan bermusafir tanpa mahram kerana pada zaman Nabi untuk pergi ke suatu tempat memerlukan seseorang itu merentasi padang pasir dan keadaan ini membahayakan kepada seorang wanita. Pada zaman sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Oleh itu bolehlah perempuan bermusafir tanpa mahram jika terjamin keamanannya.

Pendapat Ustaz Nuruddin Hafizohullah, jika kita membaca buku karangan beliau tentang safar mar'ah, kita boleh membuat kesimpulan bahawa beliau berpegang teguh kepada zahir hadis yang melarang perempuan bermusafir tanpa mahram secara mutlak. Hadis-hadis tersebut adalah hadis yang kuat dan sorih.

Adakah ia disepakati oleh 4 mazhab?

Setakat yang kita temui, pendapat yang melarang perempuan yang bermusafir tanpa mahram atau suami adalah pendapat jumhur ulama. Ia terdapat di dalam kitab Ahkamul Ahkam Bisyarhi Umdatul Ahkam oleh Ibnu Daqiq Al-Aid:

قال بعض المالكية لفظا المرأة – لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر ان تسافر مسيرة يوم وليلة إلا معها
حرمة
Ini dikhususkan untuk perempuan muda sahaja. Bagi perempuan tua yang tidak diingini ia tidak termasuk di dalam larangan tersebut. Oleh itu perempuan tua boleh bermusafir ke mana-mana sahaja yang diingini walaupun tanpa suami atau mahram dengan syarat keselamatannya terjamin.

Imam Syafie juga bersetuju dengan pendapat ini dan mengatakan perempuan boleh bermusafir dalam keadaan aman tanpa berhajat kepada seseorang pun untuk bersamanya samada suami ataupun mahram dengan syarat ia bersama-sama rombongan.

Berbalik kepada soalan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa mereka yang membolehkan wanita bermusafir tanpa mahram dan suami dalam keadaan aman itu, mereka berpegang kepada ilah hukum iaitu Rasulullah melarang perempuan bermusafir tanpa suami atau mahram disebabkan perempuan mudah diganggu.
Hukum: Haram bermusafir
Ilah : Diganggu

Di dalam masalah ini ulama membuat satu kaedah iaitu:

العلة تدور مع الحكم وجودا وعدما

Ilah itu akan berjalan dari segi ada atau tiada; ada ilah ada hukum, tiada ilah maka gugur hukum. Tiada bahaya boleh musafir, ada bahaya haram bermusafir.

Adapun mereka yang berpegang kepada zahir nas, hukumnya tetap haram samada ada kemerbahayaan atau tidak.

Perlu diketahui bahawasanya kedua-dua golongan di atas yang berpegang kepada zahir nas memerlukan tidak mungkin dapat menyelesaikan kekhilafan yang berlaku di antara mereka. Ini menentukan تعبدى atau معقول المعنى kepada ijtihad, maka lain mujtahid lainlah ijtihadnya.

Fatwa Dr. Yusof Al-Qardhawi: Ia adalah sesuatu fatwa yang mempunyai sandaran berdasarkan kepada Usul Feqah yang melibatkan perkara roh tasyri’. Kita yang jahil tentang perkara ini jangan terlalu berani mengatakan fatwa ini ditolak oleh ulama atau Dr. Yusof Qardhawi orang yang kurang thiqah atau lain-lain.

Kesimpulannya, perkara yang disepakati ini adalah dalam masalah safar harus. Sekiranya membawa mudharat kepada perempuan itu dalam musafirnya samada bersama suami, mahram atau perempuan-perempuan yang dithiqahi, maka hukumnya haram. Perkara khilafnya, jika aman maka berlaku kekhilafan di kalangan ulama. Wallahuallam.


PENDAPAT DR. YUSOF AL-QARDHAWI

Hukum yang asal di dalam syarat Islam, seseorang wanita itu tidak boleh bermusafir seorang diri, bahkan wajib ditemani oleh suami atau ada mahram bersamanya.

Hadis Rasulullah SAW “Wanita tidak boleh bermusafir melainkan ada muhrim bersamanya”. Sebuah hadis marfu’ daripada Abu Hurairah pula bermaksud “Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat bermusafir satu hari satu malam dalam keadaan tidak ada muhrim bersamanya”. (riwayat Bukhari dan Muslim). Daripada Abi Said, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Haram bagi seorang wanita yang bermusafir selama dua hari tanpa ditemani oleh suami atau mahramnya”. (riwayat Bukhari dan Muslim). Sebuah hadis lain daripada Ibnu Umar ra bermaksud “Janganlah kamu (wanita) bermusafir selama 3 malam tanpa ditemani mahram”. (riwayat Muttafaqun ‘alaih). Manakala Abu Hanifah menguatkan hadis Ibnu Umar yang terakhir dengan pendapat bahawa tidak perlu ada mahram kecuali untuk perjalanan yang membolehkan sembahyang qasar.

Hadis-hadis ini merangkumi semua aspek samada musafir yang wajib atau musafir kerana berziarah, berniaga, menuntut ilmu dan sebagainya.

PENDAPAT ULAMA

Sebahagian daripada ulama berpegang dengan zahir hadis yang telah disebut bahawa haram bermusafir tanpa mahram sekalipun musafir untuk menunaikan haji yang difardhukan dan tidak ada pengecualian di dalam masalah ini.

Sebahagiannya pula mengecualikan wanita tua yang tiada syahwat sebagaimana pendapat Al-Qadhi Abi Al-Walid Al-Yaji yang bermazhab Maliki. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Daqiq Al-‘Id, asalkan mereka (wanita tua) menjaga syarat-syarat yang menjadi kebiasaan bagi wanita.

Ibnu Muflih dalam bukunya Al-Furu’ berpendapat bahawa wanita yang aman di tengah jalan boleh menunaikan haji tanpa muhrim. Ini dikhususkan bagi musafir yang wajib. Pendapat ini diambil oleh Al-Karabisi daripada Imam Syafie dalam bab haji sunat. Sebahagian ulama pula menyatakan boleh juga pada perjalanan yang tidak wajib seperti berziarah atau berniaga.

ما رواه البخارى وغيره عن إبن عباس رضى الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلام لا تسفر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا معها محرم

عن ابى هريرة مرفوعا : لا يحل مرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر فى مسيرة يوم وليلة ليس معها محرم

عن إبن عمر : لا تسافر ثلاث ليال إلا ومعها ذو محرم



ADAB-ADAB BERMUSAFIR

Disunatkan wanita yang bermusafir bermesyuarat dengan orang yang dithiqahi (dipercayai dan dikagumi) kerana agamanya, pengalamannya dan ilmunya tentang musafir. Bukan tertakluk kepada tujuan asal bermusafir kerana haji, umrah, ziarah dan sebagainya. Dan sewajibnya orang yang dithiqahi itu berperanan untuk menasihati tanpa dibayangi oleh hawa nafsu dan keberuntungan diri. Sesungguhnya bermesyuarat itu lebih membawa kebaikan dan kesempurnaan apatah lagi agama itu adalah nasihat.

Apabila berazam untuk bermusafir maka seharusnya bagi musafir untuk beristikharah kepada Allah SWT. Mafhum hadis: “Daripada yang membahagiakan anak Adam ialah istikharah kepada Allah (perkara yang dipilih oleh Allah) dan daripada perkara yang menyusahkan anak Adam ialah meninggalkan apa yang dipilih oleh Allah”.

Istikharah ini bukan kepada tujuan yang dimaksudkan daripada musafir kerana hukumnya dimaklumi. Sesiapa yang ingin beristikharah hendaklah sembahyang dua rakaat kemudian hendaklah berdoa dengan doa yang masyhur kemudian melapangkan dadanya selapang-lapangnya dengan tidak berdasarkan kepentingan diri dan hawa nafsu. Hendaklah sentiasa mengulanginya sehingga terhasil kelapangan tersebut.

Menggabungkan antara istikharah dan istisyarah (nasihat orang yang thiqah) adalah jalan terbaik. Sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua cara tersebut maka pilih istikharah. Tidak patut menyandarkan istikarah kepada sesuatu yang lain seperti kata-kata nujum atau melihat kepada bulan bintang.

Apabila tetap keazamannya untuk bermusafir maka mulailah dengan bertaubat daripada dosa-dosa kemaksiatan sebagaimana termaktub syaratnya di dalam kitab feqh iaitu bertaubat sebelum bermusafir.

Meninggalkan sesuatu untuk keluarganya dan sesiapa yang lazim baginya menafkahinya, nafkahkan mereka sehingga kembalinya daripada musafir dan tidak mengambil baki nafkah dan segala pembiayaannya kecuali dengan baik dan halal. Dan hendaklah mengambil sesuatu yang menyenangkannya dan sahabatnya ketika musafir.

Hendaklah meminta keredhaan ibubapa dan memohon daripada keduanya keizinan untuk bermusafir. Sekiranya dia seorang isteri, hendaklah meminta izin daripada suaminya dan kaum kerabatnya. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak musafir seorang perempuan kecuali dengan izin suaminya”. Dan haram bermusafir dalam edah sebelum berakhir tempoh edahnya.

Disunatkan baginya untuk mencari seorang teman yang soleh penyuruh kepada kebaikan dan penegah kepada keburukan. Sekiranya dia lupa akan diperingatkan dan sekiranya diperingatkan pasti akan menolongnya. Lebih mudah sekiranya dia seorang ahli ilmu kerana ilmu itu adalah sebagai satu nikmat dan cagaran sebagai pedoman perjalanan.

Sunat untuk bermusafir pada hari Khamis sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Nabi SAW keluar pada peperangan Tabuk pada hari Khamis, sesungguhnya baginda menyukai keluar pada hari Khamis”. Sekiranya luput, maka pada hari Isnin. Sekiranya luput, maka pada hari Sabtu. Disunatkan keluar pada waktu pagi sebagaimna diriwayatkan daripada hadis Sakhar Al-Ghamidi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Wahai Tuhanku berkatilah umatku pada paginya baginda apabila menghantar tentera, baginda menghantarnya pada awal pagi”. Manakala Sakhar pula adalah seorang pedagang dan beliau mengirim barang dagangannya pada awal hari. Sesungguhnya dia seorang yang kaya dan banyak hartanya.

Sunat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya, jirannya dan teman-teman agar mereka mengucapkan selamat tinggal kepadanya dengan mengucapkan …..

Sepatutnya si pemukim menambah apabila si musafir berpergian dengan ucapan: …..

Sebagaimana diriwayatkan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW apabila ingin bermusafir, baginda datang kepada sahabatnya lalu mengucapkan salam ke atas mereka dan apabila kembali daripada musafir, mereka datang kepada baginda dan mengucapkan salam ke atas baginda. Maka sunat bagi orang yang hendak bermusafir untuk mengucapkan selamat tinggal dan memperoleh doa daripada mereka kerana ia merupakan contoh tauladan yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Patut baginya untuk sentiasa ditemani oleh enam benda. Daripada Aisyah ra “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika bermusafir selalu membawa bersama-sama baginda beberapa benda iaitu cermin, celak, gunting, sugi dan sikat. Dalam riwayat lain pula menyatakan bahawa enam benda iaitu cermin, buli-buli (bekas air), gunting, celak, sugi dan sikat.

Sunat apabila hendak keluar daripada rumah bersembahyang dua rakaat dengan membaca pada rakaat pertama selepas fatihah, Surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua Surah Al-Ikhlas.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak meninggalkan seseorang akan keluarganya terlebih afdhal daripada dua rakaat di sisi mereka ketika musafir”.

Disunatkan membaca ayat Qursi selepas salam dan Surah Al-Fiil. Telah datang Atsar daripada Salaf “Sesiapa yang membaca ayat Qursi ketika keluar rumah tidak akan menimpanya sesuatu yang mencelakakannya sehinggalah dia kembali ke tempat tinggalnya”.

Merupakan sunnah nabi SAW apabila keluar rumah dengan mengucapkan: …..

Riwayat Anas ra sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda “Apabila keluar seorang lelaki daripada rumahnya, maka ucapkanlah…”

Sepatutnya bagi si musafir untuk bersedekah ketika keluar, begitu juga dia lakukan di antara setiap pihak yang berhajat padanya atau hajat yang hendak ditunaikannya atau ketakutan yang hendak ditenangkannya atau selain daripada itu kerana yang demikian itu padanya dapat menghasilkan maksud dan menolak kemudharatan.