RSS Feed

Kuharap Kutemui Jambatan Itu…

Posted by Sumayyah Mohd Idris Labels:

SAYANGKAN ISLAM


Saya amat sayangkan Islam dan saya hidup serta mati untuknya. Kerana sayang saya kepada Islam, saya mahu ada jalan untuk Islam saya difahami, disampaikan dan dikongsi bersama rakan-rakan bukan Islam bukan Melayu. Bukan untuk preaching yang melulu, tetapi mahu saling faham memahami… sekurang-kurangnya.

Tetapi saya tahu, yang saya tidak tahu. Tidak tahu bagaimanakah caranya untuk bercakap tentang Islam kepada mereka yang di luar lingkungan Islam dan Melayu, dan saya mengkhuatirinya.

Sebagai da’ie, adalah suatu penderitaan apabila saya tahu, ada kelompok manusia yang saya tidak tahu atau tidak boleh berhubung dengan mereka.

Penghinaan…

Kebodohan…

Kerugian…

Dosa…

Perasaan-perasaan itu membelenggu diri saya setiap kali saya bertemu dengan suatu ‘alam’ yang saya tidak tahu bagaimana hendak menerokanya.


SAYA MAHU TAHU


Saya mahu diri saya tahu, bagaimana caranya untuk saya bercakap tentang agama saya kepada mereka yang bukan Melayu, bukan Islam.

Saya mahu diri saya tahu, bagaimana caranya untuk saya bercakap tentang agama saya kepada mereka yang Melayu dan Islam, tetapi tidak begitu Melayu, dan ada kecintaan kepada Islam.

Apakah mereka boleh peduli kepada agama tanpa rasa kasih terhadap agama? Mereka boleh memilih untuk hidup makan, minum, kerja, rehat dan kahwin. Tetapi mereka memilih untuk menumpang risau terhadap agama. Mampukah saya menafikan sekelumit kasih di hati mereka terhadap Islam?

Mustahil!!!

Maka, saya rasa berdosa jika hati saya ada sekelumit keinginan mahu menghukum atau melabel sesiapa sahaja…


At last, saya dapat tahu bagaimana saya patut berhubung dengan manusia.

bridge.jpg

Saya tersedar bahawa mesej Islam yang terbaik adalah dengan Akhlaq. Want to deliver a message, be the message!


Layakkah aku menjadi jambatan itu?...jambatan y menghubungkan hamba dlm mencari Mu..

Moga matiku di atas jalan ini, ameen.

0 comments: