RSS Feed

Anak Pejuang (,")

Posted by Sumayyah Mohd Idris

“Ummiiii…. baliklah rumah!!!”, Saiful Islam menjerit di tingkap.

Hening tengah hari itu terganggu dengan jeritan anak sulung saya dari tingkap rumah kami di tingkat 11.

“Yop… jangan menjerit macam tu. Nanti orang marah”, saya menegah Saiful Islam dari perbuatannya.

“Ummi pergi mana?”, tanyanya kepada saya.

Tersentak hati saya.

Kalau dihitung jumlah hari, saya lebih banyak out station dan ghaib dari rumah berbanding Ummu Saif. Perginya saya juga ada kalanya jauh lebih lama. Jika saya mengisi jemputan program di luar negara, mahu sahaja lima hari ke seminggu saya tiada di rumah.

Tetapi mungkin ketiadaan bapa itu tidak seberat ketiadaan ibu. Naluri anak-anak…

Sudah masuk tiga malam Ummu Saif bekerja shif malam. Itulah mungkin punca anak-anak terasa kehilangannya. Walhal bukan tidak bertemu di kala siang.

‘KAUNSELING’

“Yop mari sini sekejap”, saya memanggilnya.

“Apa dia?”, tanya Saiful Islam.

“Yop ingat tak dulu Yop jatuh kerusi? Kepala Yop luka. Imad pun pernah sakit. Orang sakit pergi mana?”, saya mengingatkannya.

“Pergi hospital”, jawab Saiful Islam kepada saya.

“Siapa tolong orang sakit di hospital?”, saya menyambung soalan.

“Doktorlah. Macam Ummi”, balas anak saya ini.

“Betul! Hari ini ada orang sakit, ada orang jatuh kerusi, ada orang kena langgar kereta. Semuanya pergi hospital. Ummi tengah tolong orang sakit”, saya menyudahkan jawapan.

“Ooo!”, Saiful Islam memuncung.

MEMBENCI KESIBUKAN IBU BAPA

Kesibukan ibu bapa bekerja itu ada baik dan ada buruknya. Tekanan ekonomi mendesak kita untuk bekerja keras, suami dan isteri. Malah adakalanya, bukanlah disebabkan oleh dorongan ekonomi, tetapi kerana tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Namun tanpa sedar, si anak mungkin membenci pekerjaan ibu bapanya. Pekerjaan yang mencuri ibu bapa dari kehidupan mereka.

Bukan sahaja pekerjaan, malah perjuangan.

Saya tidak terkejut, anak-anak pendakwah membenci dakwah dan wadah dakwah ibu bapa mereka, kerana melihat perjuangan itu sebagai punca mereka terabai.

Keadaan ini menjadi lebih ketara apabila ibu bapa dan anak-anak tidak berkongsi nilai yang sama. Apa yang dianggap berharga, penting dan berguna dalam perjuangan ibu bapa, tidak pernah dikongsi bersama anak-anak. Mungkin pemergian ibu atau bapa ke medan bakti, sama ada dakwah, atau pekerjaan biasa, dirumuskan secara mudah oleh anak-anak sebagai sibuk, sibuk dan sibuk.

TELADAN KISAH IBRAHIM DAN ISMAIL

Tetapi Nabi Ismail ‘alayhi al-salaam sebagai anak kepada seorang insan bernama Ibrahim ‘alayhi al-salaam, adalah di antara anak yang paling kerap dan lama ditinggalkan. Ayahandanya Ibrahim, bukan ‘out station’ sehari dua, malah bertahun-tahun lamanya. Sesekali pulang, Ibrahim tentu sahaja terlepas banyak hari, minggu, bulan malah tahun bersama-sama anaknya Ismail yang ditinggalkan di bumi Mekah.

Tetapi Ismail tidak pernah bermusuh dengan bapanya Ibrahim.

Lebih-lebih lagi, kepulangan Ibrahim pada suatu hari, membawa mesej yang maha berat. Mahu menyembelih anak kesayangan sendiri!

Apa kata Ismail?


Beliau (Ismail) menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar”. [Al-Shaafaat 37 : 102]

Saya ketiadaan formula untuk mengetahui apakah rahsia pendekatan yang digunakan oleh Hajar selaku watak utama yang mendidik Ismail sepemergian Ibrahim. Tetapi apa yang pasti ialah, mereka bertiga berkongsi nilai yang sama. Mereka sama anggapan terhadap apa yang berharga, berguna, bernilai dan berhak mendapatkan pengorbanan dalam hidup ini.

Maka salah satu intipati penting dalam didikan Hajar ketika membesarkan Ismail adalah pada menyuburkan nilai ini.

“Ayah keluar berjuang”, agaknya itulah kata Hajar kepada anaknya Ismail tatkala anak itu bertanyakan ayahnya.

Maka Ismail sentiasa melihat dirinya sebagai anak pejuang, dan Ibrahim pula adalah hero bagi Ismail kerana ayahnya itu seorang pejuang.

MEMUPUK, BUKAN MENGHASUT

Di sinilah peranan ibu dan bapa untuk tidak menjadi kanak-kanak di depan anak.

“Ayah kamu memang macam tu. Asyik kerja sahaja!”, kata si emak kepada anak yang bertanya.

“Mama kamu lebih pentingkan orang lain dari kita!”, ‘hasut’ si ayah kepada anak yang rindukan ibunya.

Apabila ayah atau ibu menghasut anak untuk turut marah, geram dan dendam kepada ibu dan ayahnya, ia adalah situasi yang lose-lose. Tiada siapa yang menang. Anak kecewa dengan ayah yang bekerja, di samping emak yang membenci ayah sama. Anak berduka dengan ibu yang bekerja, di samping ayah yang membenci ibunya.

Beritahulah sisi positif pekerjaan suami kepada si anak. Agar si anak melihat bapanya dengan pandangan yang tinggi. Jelaskan kepada anak, bahawa ibunya yang bekerja itu bukan sekadar bekerja, tetapi ada jasa dan bakti yang sedang diberi.

BERBALIK KEPADA DIRI

Tetapi semua itu berbalik semula kepada hukum alam, bahawa faaqid al-syai’ laa yu’theeh atau ’seseorang yang tidak memiliki sesuatu, tidak akan dapat memberikannya kepada orang lain’. Jika kita sendiri menganggap kerja tidak lebih dari sekadar cari duit, mana mungkin kita dapat memahamkan anak tentang nilai kerjaya kita bahawa ia lebih dari sekadar cari duit.

Jika kita sendiri melihat pekerjaan itu suatu perjuangan, amal bakti sebagai khalifah, mungkin si anak boleh berkongsi inspirasi yang sama.

Jangan sampai anak menawarkan wang untuk membeli masa anda untuknya!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Masih Ada Cinta

Posted by Sumayyah Mohd Idris

March 25th, 2008 | by Abu Saif | 2,006 Views | Print This Post Print This Post | Email this post Email this post |

masihadacinta4.jpg

“Yop, cepatlah pakai baju sekolah ni!”, saya meninggikan suara.

Terjejas juga mood pagi apabila kelam kabut menyiapkan anak-anak ke sekolah. Ummu Saif apatah lagi.

Menyiapkan makan pakai anak-anak. Menyiapkan makan pakai diri sendiri. Semuanya terkejar-kejar dengan hambatan masa dan kerja.

Itu pemandangan biasa di dalam mana-mana rumahtangga. Setiap pagi, ibu bapa kelam kabut menyiapkan anak-anak.

Selesai menghantar anak ke sekolah atau pusat jagaan harian, saya dan isteri sama-sama mengharungi lautan manusia dan kereta, menuju ke tempat kerja. Ummu Saif agak bertuah kerana rumah kami tidak jauh dari hospital tempat kerjanya.

Ada hari saya bekerja. Ada hari saya belajar. Menjadi pekerja dan pelajar dalam satu masa, sangat mencabar kesabaran diri. Ummu Saif juga begitu. Program Master Klinikal untuk menjadi doktor pakar ini sangat mencabar.

Bukan sahaja soal mengagihkan masa, tetapi juga kesegaran minda dan tubuh badan kerana syarahan boleh jadi leteran, jika kepala dan telinga mendengarnya dalam kepenatan.

Pulang ke rumah, keperluan makan minum anak-anak bersambung semula. Seperti hari-hari sebelumnya.

Memasak, mengemas rumah, memandikan anak-anak, solat, mengaji, kerja sekolah, gosok baju…. ahh, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sebelum mampu menyentuh buku pelajaran.

PENAT

”Ahh, penatnya kan Umi?”, saya menoleh kepada isteri.

Dia hanya tersenyum.

”Kenapa?”, saya bertanya.

”Salah ke senyum?”, tanya isteri saya.

”Bukanlah salah. Tetapi lain macam pula senyumnya!”, saya ketawa.

”Dulu abang… dulu Yang. Sekarang tinggal Abi dengan Umi”, kata isteri saya.

”Okay la tu. Atau kita nak tukar kepada Maknya dan Paknya?”, saya berseloroh.

Kami ketawa.

Tetapi dalam tawa, hati tetap berkata-kata.

Masa berlalu begitu pantas. Dari hari pertunangan melangkah ke jinjang perkahwinan, Belum puas berdua bercinta, rumah diseri dengan cahaya mata. Itu rezeki dari-Nya.

Anak satu… anak dua… anak tiga… begitulah kehidupan saya dan isteri berkembang, seiring dengan peredaran masa dan pertambahan usia.

masihadacinta.jpg

Semasa baru berumahtangga, segalanya indah. Ia suatu peningkatan dan pencapaian dalam kehidupan. Keindahan itu berubah kepada suatu keadaan baru dengan ketibaan cahaya mata kurniaan Allah. Hanya Dia yang Tahu betapa hebatnya perasaan saya dan isteri semasa mendukung anak buat kali pertama.

”Kita kini bertiga!”, saya tersenyum.

Dari dua menjadi tiga, kemudian empat dan kini lima.

Ia suatu kebahagiaan. Sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan yang melangkah ke alam perkahwinan.

Namun kadang-kadang kita terlupa.

Dalam sebuah rumahtangga itu bukan hanya ada Abi dan Umi, bukan hanya ada Paknya dan Maknya. Rumahtangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri.

Kerana sibuk dengan rutin kehidupan seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan isteri tenggelam.Suami melihat isteri sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Isteri pula melihat suami sebagai ayah kepada cahaya mata tumpuan kasih dan cinta mereka. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal hanya pandangan ibu dan bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada di dalam sebuah rumahtangga.

JEMU?

”Kenapa anta buat macam tu. Tak sayang isteri ke? Apa salah dia?”, saya bertanya kepada seorang rakan. Beliau memasang cinta kedua, di belakang isteri yang suatu ketika dahulu digila-gilakannya.

”Hmm.. entahlah!”, katanya lesu.

”Anta sudah tak sayangkan dia lagi ke?”, saya mencari kepastian.

”Tak juga. Tetapi… jemu barangkali!”, jawabnya dengan suara yang lemah.

Saya tergamam.

Alasannya senang sekali… isteri dan anak-anak yang sempurna itu tidak lagi mendatangkan bahagia, atas sebab yang mudah… JEMU.

”Hey… jemu anta kata? Habis dengan orang baru tu, anta tak akan jemu ke suatu hari nanti? Hari ini seronoklah, segala-galanya cinta. Tanggungjawab belum masuk dalam cerita”, saya panas hati.

Biar pun saya terganggu dengan kisah rakan yang seorang ini, tetapi saya sendiri mengambilnya sebagai peringatan.

Bahawa di dalam sebuah rumahtangga pasangan beranak tiga, ibu bapa dan anak-anak bukanlah segalanya. Selama mana sekali pun bahtera rumahtangga belayar, suami dan isteri tetap ada.

Jangan dibiarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian yang demikian.

Hari ini, saya dan isteri mengambil cuti. Anak-anak tinggal di sekolah dan nursery hingga petang. Sepanjang hari ini, saya dan isteri keluar makan bersama, tanpa Saiful Islam, tanpa Naurah Sabihah dan tanpa Muhammad Imaduddin.

Semuanya kerana, dalam kehidupan kami sekeluarga masih ada suami dan isteri, dan hari ini adalah hari untuk kami berdua..

Kerana MASIH ADA CINTA…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Madinah

Posted by Sumayyah Mohd Idris

Masjid Nabawi di Madinah
Masjid Nabawi di Madinah

Madinah atau Madinah Al Munawwarah: مدينة رسول الله atau المدينه, (juga Madinat Rasul Allah, Madīnah an-Nabī) adalah kota utama di Arab Saudi. Merupakan kota yang ramai diziarahi atau dikunjungi oleh kaum Muslimin. Disana terdapat Masjid Nabawi yang memiliki pahala dan keutamaan bagi kaum Muslimin. Dalam Hadits, Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa :

"Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) memiliki pahala 1000x dan Shalat di Masjidil Haram (Mekkah) memiliki pahala 100000x"

Kota ini dewasa ini memiliki penduduk sekitar 600.000 jiwa. Bagi umat Muslim kota ini dianggap sebagai kota suci kedua. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, kota ini menjadi pusat dakwah, pengajaran dan pemerintahan Islam. Dari kota ini Islam lalu menyebar ke seluruh jazirah Arabia dan lalu ke seluruh dunia.

Geografi

Lokasi kota Madinah pada Semenanjung Arab
Lokasi kota Madinah pada Semenanjung Arab





















Ormas Islam





Kota ini berjarak kurang lebih 600 km di sebelah Utara Kota Mekkah. Pada masa lalu memerlukan waktu cukup lama untuk mencapai Madinah (kurang lebih satu bulan) dengan menggunakan Unta. Sedangkan saat ini dapat ditempuh kurang lebih 6 jam melalui jalan bebas hambatan yang dibangun oleh pemerintah Arab Saudi. Pada masa kekuasaan Usmaniyah Turki, terdapat jalur kereta api yang menghubungkan Madinah dengan Amman (Yordania) serta Damaskus (Syria). yang merupakan bagian dari jalur kereta api Istambul (Turki)-Haifa (Israel) yang dikenal dengan nama Hejaz Railway. Kini jalur itu sudah tidak ada lagi dan stasiun kereta api Madinah dijadikan Museum. Jalur ini dahulu digunakan untuk kelancaran pengangkutan jamaah haji. Saat ini selain menggunakan jalan darat, kota Madinah dapat diakses melalui Udara dengan bandara berskala internasional yang terutama digunakan pada musim haji selain bandara king Abdul Aziz di Jeddah


Secara geografis, kota ini datar yang dikelilingi gunung dan bukit bukit serta beriklim gurun.

[sunting] Ekonomi

Dari sektor ekonomi, terdapat sektor pertanian dan perkebunan terlebih lebih perkebunan kurma yang sudah dikenal sejak masa lampau, peternakan selayaknya penduduk Arab serta perdagangan ditambah dengan sektor jasa terutama jasa pelayanan para peziarah diantaranya adalah usaha perhotelan dan penginapan.

[sunting] Pendidikan

Selain dikenal sebagai kota pusat perkembangan Islam. Madinah juga merupakan pusat dari pendidikan Islam sejak masa Nabi Muhammad SAW. Juga banyak ulama-ulama dan Cendekiawan Islam yang muncul dari Madinah diantaranya adalah Imam Malik. Saat ini di Madinah terdapat berbagai Jami'ah (Universitas) dan perguruan perguruan tinggi Islam lainnya.

[sunting] Sejarah

Kota Madinah pada masa sebelum perkembangan Islam dikenal dengan nama Yathsrib. Dikenal sebagai pusat perdagangan. Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW hijrah dari Mekkah kota ini diganti namanya menjadi Madinah sebgai pusat perkembangan Islam sampai beliau wafat dan dimakamkan di sana. Selanjutnya kota ini menjadi pusat penerus Nabi Muhammad yang dikenal dengan pusat khalifah. Terdapat tiga Khalifah yang memerintah dari kota ini yakni Abu Bakar, Umar bin Khattab dan Utsman bin Affan. Pada masa Ali bin Abi Thalib pemerintahan dipindahkan ke Kufah di Irak karena terjadi gejolak politik akibat terbunuhnya khalifah Utsman oleh kaum pemberontak. Selanjutnya ketika kekuasaan beralih kepada bani Umayyah, maka pemerintahan dipindahkan ke Damaskus dan ketika pemerintahan berpindah kepada bani Abassiyah, pemerintahan dipindahkan ke kota Baghdad. Pada masa Nabi Muhammad SAW, penduduk kota Madinah adalah orang yang beragama Islam dan orang Yahudi yang dilindungi keberadaannya. Namun karena penghianatan yang dilakukan terhadap penduduk Madinah ketika perang Ahzab, maka kaum Yahudi diusir keluar Madinah.

Kini Madinah bersama kota suci Mekkah dibawah pelayanan pemerintah kerajaan Arab Saudi yang merupakan pelayan kedua kota suci.

Keutamaan Kota Madinah

Sebagai salah satu kota suci umat Islam, Madinah memiliki sejumlah keutamaan, yaitu :

  • Tempat yang diprioritaskan penyebutan namanya dalam Al-qur'an.
  • Yang menjadikan Madinah sebagai tanah haram (suci) adalah Allah SWT.
  • Pengharaman pemburuan dan buruan di Madinah.
  • Larangan memotong pohon-pohon, mencabutnya dan memungut barang yang tercecer.
  • Pengharaman mengangkat senjata dan berperang didalamnya.
  • Mengharamkan bid'ah dan hukuman bagi orang yang melakukannya.
  • Allah SWT. memilih Madinah sebagai tempat hijrah Rasulullah SAW.
  • Allah SWT. memilih Madinah sebagai tempat disemayamkannya jasad Rasulullah SAW.
  • Madinah dibersihkan dari Syirik.
  • Iman akan kembali ke Madinah
  • Keberkahan di Madinah dilipatgandakan.
  • Dajjal tidak boleh memasuki Madinah.
  • Madinah tidak akan dimasuki oleh rasa gentar terhadap Dajjal.
  • Madinah tidak akan dimasuki oleh wabah Ta'un.
  • Perpindahan penyakit dari Madinah ke Juhfah.
  • Larangan membunuh ular sebelum diberi peringatan selama 3 hari karena para jin disana banyak yang memeluk Islam dan mereka suka berubah bentuk menjadi binatang diantaranya ular.
  • Anjuran untuk tinggal di Madinah.
  • Anjuran agar meninggal di Madinah.
  • Orang-orang kafir tidak boleh memasuki Madinah.
  • Alim ulamanya lebih alim dari ulama selainnya.
  • Tanahnya sebagai penyembuh (Syifa')
  • Menakut-nakuti penduduk Madinah berarti menakut-nakuti Rasulullah SAW.
  • Syafaat bagi siapa saja yang sabar atas cobaan di Madinah.
  • Syetan putus asa untuk disembah di Madinah.
  • Doa untuk Madinah sebagaimana doa Nabi Ibrahim untuk Mekkah.
  • Para Malaikat menjaganya hingga Hari Kiamat
  • Madinah bermandikan cahaya di hari kedatangan Rasulullah SAW.
  • Hukuman bagi orang yang mendzalimi penduduk Madinah.

Keistimewaan Gunung Uhud

  • Gunung Uhud mencintai Rasulullah SAW. dan begitu juga sebaliknya

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :

"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.""

(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)

  • Gunung Uhud berguncang ketika Rasulullah SAW. beserta para sahabat beliau ketika berdiri diatasnya

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah mendaki gunung Uhud bersama dengan Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Ustman r.a. Ketika itu gunung Uhud berguncang. Kemudian Rasulullah SAW. menghentakkan kakinya dan bersabda :

"Diamlah kamu wahai Uhud, karena sesungguhnya berada diatas kamu adalah seorang Nabi, seorang Siddiq dan dua orang syahid"

(Diriwayatkan oleh Bukhari)

  • Gunung Uhud adalah salah satu dari gunung-gunung di Surga.

Keutamaan Wadi Al-'Aqiq

  • Allah SWT. telah menjadikannya sebagai tempat yang penuh keberkahan.
  • Rasulullah menyempatkan singgah di wadi ini dalam perjalanan pulang dari ibadah Haji.

Keutamaan Pemakaman Al-Baqi'

Area pemakaman Al-Baqi' adalah suatu area pemakaman para sahabat Nabi, Tabi'in, Tabi'ut tabi'in, dan para ulama serta orang saleh sesudahnya. Sering Nabi mengunjunginya pada waktu malam dan berdoa dan memohon ampunan untuk mereka yang dikebumikan di pemakaman ini

  • Diantara doa beliau yang diajarkan kepada kita untuk Ahli al-Baqi' :

"Kesejahteraan keatas kamu wahai penghuni-penghuni Makam dari kalangan mukminin dan muslimin. Allah merahmati mereka yang terdahulu dan kemudian dari kalangan kami dan sesungguhnya kami dengan izin Allah akan mengikuti kamu"

"Kesejahteraan atas kamu tempat tinggal orang-orang yang beriman, dan telah datang pada kamu barang apa yang telah dijanjikan untukmu, kamu ditangguhkan hingga hari esok dan dengan izin Allah kami akan mengikuti kamu, wahai Allah, ampunilah penghuni-penghuni Baqi' Al-Gharqod"

  • Jenazah yang dimakamkan di Baqi' akan dibangkitkan pertama di Padang Mahsyar
  • 70.000 dari penghuni Baqi' dibangkitkan dan masuk Surga tanpa hisab

Keutamaan Masjid Nabawi

  • Dianjurkan datang ke masjid Nabawi terlebih dahulu bagi musafir yang pulang bepergian
  • Masjidnya diasaskan atas dasar taqwa
  • Pahala shalat dilipatgandakan
  • Pahala bagi orang yang shalat 40 raka'at di masjid Nabawi
  • Tidak boleh meninggikan suara
  • Keutamaan siapapun yang datang ke masjid Nabawi baik sebagai pengajar maupun pelajar
  • Raudhah termasuk tempat yang mulia
  • Mimbar berada diatas telaga Rasulullah SAW.
  • Mimbar tempat Rasulullah SAW. berkhutbah berada dibawah pintu surga
  • Tangisan dan rajukan batang tamar
  • Tiang-tiang mimbar masjid menjadi tiang-tiang didalam surga
  • Hukuman bagi siapa saja yang bersumpah palsu di mimbar

Perang Uhud

Posted by Sumayyah Mohd Idris

Kaum kuffar Quraisy telah kalah di perang Badr. Mereka sangat ingin menuntut balas atas kekalahan mereka. Mereka ingin mengembalikan kedudukan mereka di kalangan bangsa Arab. Karena kedudukan mereka telah hancur di perang Badr.

Orang-orang Quraisy juga ingin mengamankan jalur perjalanan mereka. Yaitu jalur kafilah-kafilah dagang mereka yang tiba dari negeri Syam. Maka mereka menyiapkan segelar pasukan. Jumlah mereka mencapai tiga ribu orang. Mereka keluar dari Makkah, sampai akhirnya tiba di wilayah Madinah. Mereka mendirikan kemah di dekat gunung Uhud.

Keluarnya Kaum Muslimin dari Madinah
Ketika Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam mengetahui kabar keluarnya kaum Quraisy dari Makkah, maka beliau meminta pendapat para sahabat. Apakah mereka akan tetap di dalam kota Madinah, ataukah keluar untuk memerangi Quraisy di gunung Uhud. Kebanyakan sahabat ingin keIuar dari Madinah. Terutama sahabat-sahabat yang terlewatkan dari perang Badr. Maka Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam keluar diikuti kaum muslimin. Jumlah mereka seribu orang.

Di tengah jalan, Abdullah bin Ubay bin Salul (pimpinan munafiqin) membelot. Ia kembali ke Madinah bersama sepertiga jumlah pasukan.

Permulaan Pertempuran
Muslimin sampai di gunung Uhud. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam membagi pasukan beliau menjadi dua. Beliau menempatkan satu pasukan pemanah di atas gunung, yaitu gunung Rumgh. Pasukan ini mempunyai tugas untuk menjaga muslimin dari bagian belakang. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam melarang turun dari tempat mereka. Sedangkan bagian yang kedua berada di depan, di hadapan kaum musyrikin.

Kemudian peperangan pun meletus. Kaum. muslimin bertempur dengan dahsyat. Sampai orang-orang musyrik berlarian dari medan perang. Mereka meninggalkan harta-harta ghanimah. Maka pasukan pemanah turun dari gunung. Mereka bergabung dengan pasukan yang berada di bagian depan untuk ikut mengumpulkan ghanimah. Mereka menyangka kaum musyrikin telah terpukul mundur dan jauh dari kaum muslimin.

Ternyata Khalid bin Walid membawa pasukan musyrikin. Mereka bergerak memutar. Mereka menyerang kaum muslimin dari arah belakang. Maka berubahlah keadaan pertempuran.

Ada beberapa peristiwa di dalam pertempuran;

1. Tujuh puluh orang kaum muslimin mendapatkan syahadah (mati syahid). Di antaranya adalah Hamzah bin 'Abdul Muthallib Rodhiallahu 'anhu (paman Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam) dan Mush'ab bin 'Umair Rodhiallahu 'anhu.
2. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam mendapatkan luka.
3. Dua puluh dua musyrikin terbunuh

Al Qur' an adalah sumber berita yang terbaik, yang menceritakan tentang perang Uhud.
Allah Ta'ala berfirman dalam QS. Ali Imran : 121, yang artinya:

''Dan ingatlah ketika kamu berangkat pada pagi hari dari (rumah) keluargamu. Engkau menempatkan kaum mukminin di beberapa tempat untuk berperang.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahut."

Allah Ta'ala berfirman dalam QS. Ali Imran : 140, yang artinya:

"Bila kalian mendapatkan luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapatkan luka yang serupa. Dan hari-hari (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia dan agar Allah mengetahui orang­orang yang beriman dan agar Allah mengambil di antara kalian para syuhada' (orang-orang yang syahid). Dan Allah tidak mencintai orang­orang yang zhalim."

Hikmah di Balik Perang Uhud
1. Peringatan kepada kaum mukminin dari kejelekan yang ditimbulkan akibat bermaksiat.

2. Jeleknya akibat menyelisihi perintah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam

3. Bahwa para nabi mendapatkan bala' (cobaan). Dan dilipatgandakan pahala bagi mereka.

Sumber: Muqarrar Al-Mustawa Ats Tsalits fis Siratin Nabawiyyah-Syu’bah Ta’lim Al Lughah Al Arabiyyah Al Jami’ah Al Islamiyyah, Madinah.

Matlamat Kerja?

Posted by Sumayyah Mohd Idris

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Saya memang tidak pandai dan kurang minat untuk berkongsi cerita peribadi di web saya ini. Malah anda juga pastinya kurang minat untuk membacanya. Cuma kali ini saya berhasrat untuk berkongsi tentangnya buat julung kali kerana dirasakan ada beberapa faedah yang boleh dikongsikan.

Alhamdulillah, hari ini (5 Oktober 2007 bersamaan 23 Ramadhan 1428 H pada hari Jumaat) adalah hari pertama secara rasmi saya bertugas sebagai ‘Academic Fellow' atau secara mudahnya sebagai Pensyarah di Jabatan Ekonomi Islam, Kulliyyah of Economics & Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Cita-cita

Sejak kecil, cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang pensyarah di sebuah Universiti. Kini cita-cita tersebut menjadi kenyataan. Syukur kepada Allah s.w.t yang memberikan ruang dan peluang ini menjadi kenyataan.

Jawatan terakhir yang saya sandang sebelum menyertai dunia Akademik adalah Ketua Jabatan Syariah dan Setiauasaha Majlis Penasihat Syariah, Qatar Islamic Bank Malaysia ( Asian Finance Bank Berhad . sila buka http://www.asianfinancebank.com/)

Mengapa Tinggalkan Bank?

Ramai juga rakan yang bertanya mengapa berhenti sedangkan pendapatan yang diperolehi di dunia perbankan dan korporat telah mencecah 5 angka sebulan dan masuk ke dunia akademik yang berpendapatan 4 angka semula.

Malah ketika interview UIAM sebanyak 3 peringkat iaitu Jabatan, Kulliyyah dan Universiti. Pasti tidak terlepas soalan ini, hampir semua panel yang meng'interview' saya menjadi kehairanan dan pelik dengan sikap saya yang sanggup turun pendapatan dari 5 angka ke 4 angka.

Saya lagi pelik dengan kepelikkan mereka. Apakah begitu sukar untuk difahami?. Saya tidak pelik langsung kerana saya telah pastikan kerjaya saya ada hala tuju dan objektif tertentu.

Anatara jawapan mudah saya untuk dikongsikan bersama pengunjung web ini adalah :-

Pertama : Duit bukanlah matlamat saya ketika menyertai industri perbankan Islam ini, cuma tanpa dirancang. telah menjadi budaya korporat apabila anda kerja dengan tekun dan memenuhi 'expectation' mereka, secara sukarela mereka mengganggap anda penting lalu menaikkan pendapatan anda sebagai penghargaan.

Terus terang, saya sertainya adalah kerana inginkan ilmu praktikal dan operasi perbankan Islam. Saya tidak ingin menjadi seorang yang tidak adil dalam menghukumi sesebuah bank Islam tanpa mengetahui hakikat operasi mereka secara ‘live'.

Ia amat penting bagi membolehkan saya mengaplikasikan ilmu Syariah dari Kitab turath ke dalam dunia praktikal..bukan sekadar teori dan cakap-cakap semata-mata. Saya berpeluang menghidupkan teori Fiqh yang tersimpan di dalam kitab-kitab Fiqh silam dan moden dalam bentuk hidup nyata di dunia perbankan Islam bagi menyelamatkan umat Islam dari dosa sebesar Riba. Saya amat gembira dengan tugas demikian.

Islam adalah penyelesai masalah semasa, tetapi jika ia tidak mampu diterjemahkan dalam kehidupan ekonomi dan perbankan semasa, Islam akan dilihat tidak ‘up to date' , malah peranan ilmuan Syariah untuk menonjolkan Islam juga semakin malap dalam dunia yang berkembang pantas ini.

Hasilnya dalam tempoh tiga tahun yang saya peruntukan untuk proses ini, saya telah berjaya memperolehi pengalaman bermakna tatkala membina dan membetulkan produk-produk bank Islam, menyemak seluruh syarat dan dokumen perbankan dan kewangan Islam merangkumi sebuah bank Islam tempatan ( iaitu RHB Islamic Bank) dan juga mempelajari operasi sebuah bank Islam antarabangsa ( iaitu Qatar Islamic Bank @ Asian Finance Bank Berhad) dari mula ia ditubuhkan di Malaysia. Kata orang putih "from the scratch", kerana saya merupakan kakitangan kedua di Asian Finance Bank yang dilantik selepas CEO.

Kedua : Saya juga ingin menyumbang Ilmu Islam kepada semua tanpa ikatan ‘office hours' dan organisasi tertentu. Sebagai pensyarah UIA, saya bebas untuk memberikan manfaat ilmu kepada mana-mana organisasi kewangan Islam dalam satu masa. Waktu saya lebih fleksible untuk menyumbang dan membuat kajian mendalam.

Benar, saya amat ingin jadikan ilmu yang dianugerahi Allah s.w.t ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat seramai mungkin, bukan hanya untuk dimanfaatkan oleh sesebuah organisasi sahaja.

Kerjaya sebagai Pensyarah universiti adalah tugas yang terbaik bagi melaksanakan tugasan ini.

Perancangan Tercabar

Saya telah meletakkan pelan untuk berkhidmat dalam operasi perbankan & kewangan Islam selama 3 tahun sahaja, akan tetapi saya perlu pastikan ilmu yang saya perolehi menyamai tempoh 10-15 tahun bekerja di industri ini.

Tidaklah begitu sukar untuk mencari jalan mengetahui bagaimana tahap ilmu kita dalam hal ini. Ajak sahaja seorang Senior Islamic Banker yang punyai pengalaman 15 tahun bersembang dengan anda perihal teknikal perbankan. Jika anda faham bahasa perbankan dan istilah yang digunakan serta anda boleh pula memberikan idea, soalan dan komentar yang dianggap standard oleh mereka. Saya kira ilmu anda sudah hampir dengan pengalaman 15 tahun dari satu sudut paling kurang.

Ia bukan tugas mudah dan memang meletihkan, tapi saya mesti mencapainya, saya nekad. Dalam tempoh sederhana singkat itu telah saya senaraikan ilmu operasi yang perlu saya perolehi termasuk semua ilmu pelaburan Islam, perbankan runcit, perbendaharaan (Treasury), Pasaran Modal Islam seperti Sukuk and Unit Saham Amanah, ‘Structured Products' dan lain-lain.

Tempoh perancangan ini mestilah dijaga sebaiknya walaupun terdapat agak banyak gangguan-gangguan yang mendatang. Tawaran bertugas di Qatar Islamic Bank di Doha Qatar, dan sebuah Syarikat Kewangan Islam di Dubai adalah antara tawaran yang paling menggoda. Terutamanya dari sudut ganjaran kewangan peribadi yang boleh melonjak sehingga 3 ke 4 malah 5 kali ganda dari pendapatan saya di Malaysia.

Bagi saya, sekali saya sudah membuat pelan yang teliti, tidak tepat kiranya saya mengkhianati perancangan teliti saya hanya kerana lumayannya tawaran itu.

Pelan dakwah dan penyebaran ilmu buat rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya, Saya mungkin akan gagal memaksimumkan tenaga dan ilmu saya untuk rakyat Malaysia jika saya berkhidmat di Dubai atau Doha, Qatar.

Umat Islam di Malaysia Keutamaan Saya

Saya jadikan umat Islam di Malaysia sebagai sasaran dakwah yang paling utama bagi memenuhkan bekalan akhirat saya.

Agenda menyelamatkan mereka dari kejahilan kewangan Islam, prejudis terhadap perbankan & kewangan Islam tanpa ilmu lengkap serta memandang rendah dosa Riba perlu saya utamakan daripada mendapat pendapatan lumayan untuk diri sendiri di Dubai atau Qatar.

Terutamanya di waktu fahaman anti perbankan Islam yang sebahagiannya dibawa oleh segelintir ahli Akademik dari beberapa buah Universiti. Mereka kelihatan syok sendiri dengan teori idealis yang biasanya tidak menjejak ke bumi, tidak praktikal, serta langsung tidak meraikan kaedah 'tadarruj hakiki' yang diiktiraf Islam.

Sebahagian yang lain pula muncul dari kalangan individu yang membenci kewangan Islam kerana pengalaman peribadi buruk di satu bank lalu di ‘generalize' kepada seluruh sistem kewangan Islam dan bank-bank Islam.

Sebahagian lain pula muncul disebabkan ketidak telitian individu terbabit dalam bidang Syariah dan operasi semasa perbankan dan kewangan tetapi agak malang berlagak lebih alim dari ulama sedunia yang telah membincangkannya di persidangan Fiqh dunia,

Sebahagian lagi datang dari kelompok ahli politik yang tidak habis-habis mencari modal untuk mempolitikkan segala ruang dari sekecil perkara sehingga ke besarnya. Perbankan dan Kewangan Islam tidak terlepas dari modalnya hanya kerana objektif politik yang ingin dicapai, habis ingin diruntuhkan semuanya. Mereka tidak sedar tindakan tidak berhati-hati bakal membawa manusia ke perbankan riba yang nyata haram. Saya tidak nafikan ada kelemahan, tetapi ia masih boleh di 'adjust' bagi memenuhi tuntutan Syariah.

Sesuaikah untuk saya berhijrah bertugas di Timur Tengah dengan pendapatan lumayan dalam keadaan masyarakat yang sedemikian? .

Apalah gunanya pendapatan besar dan berseronok sendiri sedangkan masyarakat di negara sendiri lemas dalam dosa riba sebesar peperangan dengan Allah s.w.t. dan RasulNya.

Moga Allah menetapkan pendirian ini dalam keikhlasan yang tidak perlu dibuktikan kepada mana-mana manusia. Cukuplah Allah sw.t sebagai saksi.

Jangan Fikir Semua Orang Macam Anda ?

Saya teringat kata-kata seorang Atok yang muncul di sebuah stesyen radio berkata :

"Jika seorang penasihat Syariah itu kerja di dalam syarikat, tak mungkin dia berani tegur boss jika salah dari sudut Syariat sekalipun, nak kena potong gaji?!, sebab tu perlu penasihat Syariah luaran"

Demikianlah antara intipati dakwaannya yang liar dan cuba di ‘generalize'kan sesuka hati.

Malanglah kita jika sentiasa mengganggap semua orang lemah macam kita atau kuat dan bijak macam kita. Keadaan ini boleh menimbulkan perpecahan, tidak puas hati dan kemarahan.

Sebagaimana contoh di atas, jika kita tergolong dalam golongan yang boleh dibeli, jangan dengan mudah mengganggap semua orang lain juga boleh dibeli seperti kita.

Saya agak pelik dengan dakwaan liar seperti ini, ia seolah meremeh fungsi Penasihat Syariah yang bertugas di dalam sesebuah syarikat yang pada masa sama mengawal selianya urusan kepatuhan Syariahnya. Samada ia sebuah bank Islam, syarikat MLM, ataupun sebuah kilang pengeluar makanan tertentu.

Dalam masa yang sama individu bergelar 'atok' ini cuba memuji penasihat Syariah luaran.

Padahal jika itu sifirnya, sudah tentu semua Penasihat Syariah luaran juga boleh dibeli, kerana mereka juga dibayar elaun oleh bank, syarikat dan kilang yang sama juga. Kemungkinan juga, jika mereka tidak meluluskan satu-satu produk, mereka juga boleh ditamatkan tempoh ‘appointment' mereka.

Justeru, dakwaan ini hanyalah bersifat menghancur tanpa asas, padahal ramai rakan-rakan saya di bank Islam yang berdebat dengan CEO mereka kerana isu Syariah, saya juga banyak pengalaman dalam hal ini, sehingga adakala saya bawa isu Syariah ke peringkat yang lebih tinggi dari CEO bagi memastikan kepatuhan Syariah dijaga. Malah apabila dibuat demikian, CEO makin hormat dan sayang ke kita kerana ketegasan dan amanah dalam menjalankan semakan Syariah. Tidak seperti yang dijangkakan oleh Atok tadi.

Malah ada penasihat Syariah yang saya kenali pernah menarik diri dan meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan sesuatu struktur kewangan yang ingin dilaksanakan. Walaupun projek itu memperuntukan penghargaan wang sebanyak RM 50,000 jika ia berjaya dilulus dan dilaksanakan.

Justeru, jangan mudah menyangka buruk secara umum kepada ahli agama sebagai menjual agama mereka kerana duit. Tidak saya nafikan jumlah ahli agama yang menjual agama mereka kian bertambah dari hari ke hari tetapi untuk dipukul rata kesemuanya bersifat demikian adalah tidak harus sama sekali.

Fatwa Rakan

Rakan saya berkata : "Wah, ustaz dah keluar dari bank, lepas ini susahlah orang yang benci kat ustaz nak guna hujjah.."ustaz bank tu mestilah pertahan bank Islam. Bank suap dia.", kerana ustaz bukan lagi disuap oleh bank...."

Saya hanya mampu tersenyum, tapi yang pasti saya akan pertahan perbankan Islam dalam perkara yang benar sahaja.

Sekian coretan ringkas di kesempatan waktu di 7 hari terakhir Ramadhan mulia ini.

Moga Allah mengampunkan saya dan anda semua dari sebarang perasan sangka buruk, tuduhan liar dan fitnah tanpa hak di bulan berkat ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

23 Ramadhan 1428 H

5 Oktober 2007

4 Nasihat bagi Calon Tetamu Allah

Posted by Sumayyah Mohd Idris

empat nasihat bagi para calon tamu Allah..

Pertama, luruskan niat dari ibadah haji itu hanya untuk memenuhi panggilan Allah, semata sebagai perwujudan ketaatan dan kepatuhan atas perintah-Nya (Q.S. 98:5). Nasihat ini perlu disampaikan kepada para calon jemaah haji karena lima belas abad lalu, Rasulullah saw. telah memprediksikan umatnya yang akan melaksanakan ibadah haji itu dengan motif yang bermacam-macam. Sangat sedikit sekalli dari mereka yang memiliki niat untuk beribadah hanya karena untuk memenuhi panggilan Allah.

Rasulullah saw. telah bersabda, Akan datang suatu waktu kepada umat manusia, mereka orang kaya bermotif melaksanakan hajinya untuk wisata. Mereka yang golongan menengah motif melaksanakan hajinya untuk berdagang. Kebanyakan mereka motif melaksanakan hajinya untuk dilihat dan didengarkan gelar hajinya. Dan mereka yang miskin motif melaksanakan hajinya untuk minta-minta. (H.R. Khatib dari Anas r.a).

Di dalam keterangan yang lain, Rasulullah saw. juga menerangkan, yang bermotif wisata lebih banyak daripada yang bermotif ibadah haji karena memenuhi panggilan Allah. Oleh karena itu, Rasulullah saw. mempertegas sekaligus mengingatkan kepada umatnya, khusus niat ibadah haji ini agar diikrarkan dan atau ditalafudzkan secara terus-menerus dengan kalimat Labbaikallahumma hajjan, labbaikallahuma labbaik, labbaika la-syariekalaka labbaik. Innal hamda wan-ni'mata laka wal mulk la-syarieka lak. Ya Allah, aku datang untuk memenuhi panggilan-Mu melaksanakan ibadah haji. Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah! Aku datang memenuhi panggilan-Mu, akan datang memenuhi panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan adalah milik-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu.

Kedua, kuasai dan mantapkan pemahaman pada syariat dan kaifiyat haji. Artinya sampaikan kepada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji agar semaksimal mungkin menguasai dan memahami berbagai hal peraturan ibadah haji yang telah Allah syariatkan serta tata cara ibadah yang telah Rasulullah saw. contohkan.

Khudzu 'annie manasikakum. Lakukan ibadah hajimu itu seperti ibadah haji yang aku lakukan ini, begitu pesan Nabi saw. Janganlah para jemaah dalam ibadah ini menggantungkan harapan hanya kepada para pembimbing. Karena berdasarkan logika dan pengalaman menunjukkan bahwa dengan jemaah yang sangat banyak, ditambah dengan jemaah-jemaah lain dari berbagai negara, sungguh sangat tidak mungkin setiap jemaah akan mendapat dibimbing satu per satu tiap jemaah, lebih-lebih dengan pemahaman yang sangat bermacam-macam. Apabila tidak menguasai dan memahami hal ini, selain akan membuat jemaah menjadi ragu-ragu dalam ibadah, juga yang paling dikhawatirkan adalah mereka hanya mengikuti cara ibadah jemaah lain yang jelas-jelas mungkin mempunyai pemahaman dan kepentingan masing-masing.

Oleh karena itu, andaikata dengan panduan yang selama ini dibagikan oleh Departemen Agama sangat sulit untuk dikuasai dan dipahami, apalagi untuk dihafalkan. Maka pahamilah substansi dari satu amalan yang ada di dalam manasik tersebut sekaligus hafalkan doa-doanya yang pendek saja sehingga ketika kita berpisah dengan pembimbing, kita sudah mandiri dan yakin dengan apa yang kita amalkan.

Ketiga, ketepatan waktu dalam beribadah. Karena ibadah haji ini sangat terbatas waktunya tidak seperti ibadah umrah yang bisa dilaksanakan kapan saja. Allah telah berfirman, "Musim haji itu adalah beberapa bulan yang telah ditetapkan, maka barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu untuk melaksanakan kewajiban haji, maka jangalah ia berbuat rafats, perbuatan yang sia-sia, jangan berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah takwa dan bertakwalah kepada-Ku, wahai orang-orang yang berakal" (Q.S. 2:197).

Meski sebagian ahli tafsir berbeda pendapat tentang kapan mulai niat haji berdasarkan pada ayat tersebut di atas, apakah niat haji itu mulai pada bulan haji, yakni bulan Syawal, Zulqaidah, dan sepuluh hari pada bulan Zulhijjah, atau pada saat mau melaksanakan ihram haji. Namun bulan dan sebagian hari dari bulan ketiga diungkapkan dalam bentuk jama' (asyhur) untuk menunjukkan dominasi, dan para ulama juga telah sepakat yang dimaksud dengan fardu pada ayat itu ialah memastikan dan mengharuskan ihram haji (Tafsir Ibnu Katsier, Jilid 1:323).

Dan yang paling penting untuk diperhatikan oleh para calon jemaah haji adalah ketika telah memasuki waktu-waktu melaksanakan ibadah haji mulai tanggal 8 hingga Zulhijah sebagai puncak dan pelaksanaan ibadah haji, orang Sunda mengatakan waktu ngahijikeun. Di antara waktu-waktu inilah para jemaah haji harus mengetahui dan jeli kapan mereka harus menetapkan niat sambil menggunakan pakaian ihram, kapan waktu wukuf di padang Arafah, kapan mengambil batu kerikil di Muzdalifah, kapan waktu melontar jumrah, kapan waktu tahallul, kapan waktu thawaf, kapan waktu sa'i, kapan waktu tahallul tsani, kapan kembali ke Mina, kapan waktu melontar Jumrah Ula, Wustha, 'Aqabah, dan kapan pula waktu untuk kembali ke Mekah maupun ke Mina.

Keempat, ketetapan tempat manasik haji. Artinya para calon jemaah haji harus hati-hati ketika berada di suatu tempat, terutama tempat-tempat yang telah ditentukan sebagai tempat manasik haji. Umpamanya di mana para calon jemaah haji akan memakai pakaian ihram, di mana letak Padang Arafah sebagai tempat wukuf, di mana batas antara Muzdalifah dengan Mina, di mana Mina sebagai tempat melontar dan mabit, serta di mana tempat untuk melaksanakan thawaf, sa'i, dan tahallul.

Rasulullah saw. menyatakan, Al-Hajju Arafatun. Haji adalah wukuf di Padang Arafah. Itulah di antara hal-hal yang harus disampaikan kepada para calon jemaah haji dan itu pula yang harus dijadikan sebagian rujukan oleh calon jemaah haji sebagai upaya untuk kesempurnaan ibadah menuju haji yag mabrur. Selamat jalan para hujjaj. Semoga menjadi haji yang mabrur.***

Penulis pengurus MUI Kabupaten Bandung, Ketua BTM Baitusy-Syafi RS Muhammadiyah Bandung.

Perhimpunan Akhillaa’

Posted by Sumayyah Mohd Idris

Apa yang penting ialah kami dapat bertemu semula, update perkembangan masing-masing.

Anak sudah berapa?

Bagaimana hidup berumahtangga? Tahun lalu datang solo, tahun ini sudah berteman.

Kerja di mana sekarang?

Tahniah dapat kenaikan pangkat. Yang tutor jadi pensyarah, yang pensyarah selesai PhD. Yang PhD sudah menjadi Profesor Madya.

Tumpang gembira dan bangga…

Dan sehubungan dengan nikmat dari Tuhanmu, perkatakanlah mengenainya” (Al-Quran 93 : 11)

Tetapi soalan-soalan itu hanya rutin. Ia sekadar conteng-conteng warna yang mencantikkan perbualan.

LEBIH BERMAKNA

Apa yang lebih bermakna, adalah kebahagiaan melihat wajah rakan-rakan yang setia bersama semasa di bangku pengajian lama dulu, dan kini terus setia bersahabat dan berukhuwwah. Ada yang sudah bersahabat semenjak di bangku A-Level, hinggalah kita sudah duduk di bangku Profesor.

Inilah yang menjadi inspirasi saya dalam tazkirah ringkas 30 minit yang diminta.

Bahawa kelompok di dalam IPRO dan KRIM ini adalah kelompok akhillaa’, kekasih-kekasih yang intim atas satu ikatan yang luar biasa. Akhillaa’ bukan ahibba’, bukan sekadar orang yang kasih mengasihi seperti dua insan bercinta, tetapi kasih sayang yang terbit seiring dengan pengorbanan. Pengorbanan di medan perjuangan.

Kerana itu cinta Ibrahim kepada Allah, menjadikannya Khalil bagi Allah dan bukan sekadar habib.

Habib itu biasa. Tetapi Khalil adalah cinta yang tinggi. Cinta yang menyanggupkan diri untuk sebuah pengorbanan.

Akhillaa’ adalah gelaran untuk kekasih-kekasih yang bercinta di dalam perjuangan.

Perjuangan pula terbit dari kepekaan, kesedaran dan keprihatinan.

LATIHAN RAMADAN UNTUK AKHILAA’

Inilah hasil kesan Ramadan. Segala ibadah yang disyariatkan oleh Allah di bulan Tarbiyyah itu adalah untuk menerbitkan kualiti TAQWA. Salah satu intipati penting di dalam TAQWA ialah kesedaran dan kepekaan. Manusia yang bertaqwa adalah manusia yang peka dan sedar.

Jika tidak peka dan sedar, masakan dia akan berjalan dengan begitu teliti ketika menempuh laluan penuh duri. Itu analogi Ubay bin Ka’ab sebagai menjawab soalan Umar al-Khattab tentang maksud Taqwa. Tengok kanan nampak duri, tengok kiri nampak bahaya, lantas perjalanan dilakukan dengan penuh sedar dan peka. Berhati-hati.

Inilah latihan dalam ibadah puasa. Kita begitu peka dan teliti dengan soal menjaga kualiti puasa. Kita bijak mengawal diri untuk tidak terjerumus kepada desakan keinginan diri. Semuanya berlaku kerana kita menempuhnya dengan conscious. Tanpa kesedaran, mahu sahaja orang berpuasa menyelak tudung periuk khususnya di awal-awal Ramadhan. Tetapi dengan sedar, dengan peka, puasa terjaga fekah dan tasawwufnya.

Sedar itu yang menjadi sari pati nilai Taqwa.

Seorang yang bertaqwa adalah seorang yang sedar dan peka. Bukan hanya peka kepada dirinya, malah peka kepada persekitaran. Bertitik tolak dari kesedaran itu, kita bertindak dan berperanan.

Kualiti inilah yang mengekalkan kami sebagai akhilla’. IPRO dan KRIM adalah dua badan yang mengumpulkan manusia peka dan manusia sedar. Bahawa di sekitar kami terlalu banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan, dan terlalu banyak peranan yang perlu dimainkan.

Jika semasa di bangku pengajian, kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti sosial dan program-program keagamaan… ia merupakan suatu hal yang biasa. Ia mungkin lanjutan momentum keghairahan kita terhadap aktiviti ko-kurikulum dan berpesatuan semata. Tetapi apabila tamat pengajian dan tangan sudah menggenggam segulung ijazah, adalah terlalu mudah untuk hidup beralih menjadi self-centered.

Dakwah?

Ahh, anak bini ini pun kewajipan juga.

Bagi talk untuk student?

Ahh, aku dulu tak ada siapa pun bagi talk, boleh berjaya juga.

Datang usrah?

Tunggu housemanship habis dulu… tunggu exam MRCP selesai dulu, tunggu exam Master habis dulu… tunggu, tunggu dan tunggu…!

Ya, segala pemikiran ideal dan keghairahan kerja Islam semasa belajar dahulu, mudah sahaja untuk ditinggalkan.

Tetapi Taqwa tidak mengizinkan kita menjadi anggota masyarakat yang lumpuh. Hidup, masih hidup, tetapi sudah tidak bergerak. Hanya terperosok di posisi sendiri.

Taqwa menuntut kita untuk terus peka, sedar dan peduli. Dan dengan Taqwa itu juga kami terus menempatkan diri di medan amal Islami. Tidak kekok untuk menggendong anak turun bertemu anak muda yang dahagakan panduan. Tidak penat untuk bermata merah turun ke usrah demi mengekalkan momentum dakwah. Tidak segan untuk ketua jabatan yang sudah berjaya, turun ke program bersama remaja untuk membawa mereka berjaya sama.

Tidak teragak-agak untuk mereka yang sudah Muslim peribadi, terus berjuang untuk Muslim masyarakat dan Muslim negara.

Kerana semua itu adalah manifestasi Taqwa.

Di atas keprihatinan itu kami terus bertemu dan bersama. Di atas keprihatian itu kami sama-sama menempuh usia muda, dan di atas perjuangan itu juga kami meniti usia matang dan dewasa. Semuanya atas janji yang pernah dilafazkan dulu, bahawa solat dan ibadah yang mengiringnya, hidup dan matinya, adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Kami sedang hidup dengan Taqwa, dan kami mahu mati di atas jalan yang sama.

Agar selepas berkasih sayang di dunia perjuangan, kami terus berkasih sayang di Akhirat negeri pembalasan.

Kerana sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:

Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa (43: 67)

Semoga Allah mengekalkan kami di atas jalan ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur